Tutup DUN Perak tindakan tidak demokrasi

Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan DUN Perak akan ditutup pada hari esok. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, pintu utama bangunan tersebut di Jalan Bukit Gantang Wahab akan ditutup.

Semua temujanji yang tetah ditetapkan dengan kakitangan premis itu juga hendaklah dibatalkan. Notis tanpa sebarang tanda tangan itu dipercayai dikeluarkan dari Pejabat SUK Negeri Perak kerana mempunyai logo rasmi tertera di situ.

Adakah ini merupakan satu cubaan untuk menggagalkan sidang tergempar DUN yang telah ditetapkan oleh Speaker DUN Perak, V Sivakumar pada hari Jumaat yang lalu?.

Nampaknya, krisis perlembagaan dan kemelut politik di negeri Perak semakin kusut dan tiada redanya. Kenapa bangunan perlu ditutup dan sidang tergempar DUN perlu dihalang? Ini merupakan satu pencabulan demokrasi dan menafikan hak-hak ADUN untuk membincangkan isu-isu berkaitan hal ehwal negeri.

Politik di Malaysia bukan semakin hari semakin matang tetapi politik yang mundur ke belakang. Parlimen dan DUN adalah lambang demokrasi sesebuah negara mahupun negeri. Tetapi jika demokrasi tidak ditegakkan, pincanglah sesebuah institusi pentadbiran. Janganlah bermati-matian melaungkan perkataan demokrasi jika ada segelintir orang di Malaysia ini tidak faham maksud sebenar perkataan tersebut. Kembalikan semula demokrasi mengikut perlembagaan di Malaysia!

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: