Sultan Selangor berkecuali, keputusan di tangan Tan Sri Khalid Ibrahim

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengambil pendirian berkecuali berhubung isu kontroversi Elizabeth Wong (Eli). Baginda menyerahkan sepenuhnya kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat keputusan mengenai kedudukan Eli sebagai ADUN Bukit Lanjan dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar.

Baginda mengambil keputusan itu memandangkan isu Elizabeth masih lagi dalam siasatan polis dan sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik.

Pendirian Sultan Selangor itu dinyatakan kepada Tan Sri Khalid semasa beliau menghadap baginda hari ini untuk mendapat nasihat mengenai kedudukan Elizabeth yang menawarkan diri untuk meletakkan jawatan ekoran kontroversi tersebut. Namun, Baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Menteri Besar Selangor dalam hal melibatkan kedudukan Yang Berhormat Elizabeth Wong dalam politik.

Baginda selanjutnya menyatakan keyakinan Baginda atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan percaya bahawa ianya dibuat secara adil dan bijaksana, dengan mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan negeri Selangor amnya.

Baginda turut merasa dukacita dan amat bimbang kerana sejak akhir-akhir ini perbuatan menceroboh hak peribadi dan ‘privacy’ individu telah dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang. Adalah satu perkara yang menyedihkan apabila kehidupan dan hak individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan (melalui media massa) kepada orang ramai.

Baginda melahirkan rasa sedih dan simpati kepada Elizabeth Wong di atas insiden yang telah berlaku dan berharap agar beliau dapat bertenang, sabar dan menguatkan semangat untuk menghadapi dugaan ini dan meneruskan kehidupan seharian beliau.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: