SPR akan tetapkan tarikh PRK Batang Ai

SPR akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil kerusi DUN Batang Ai di Sarawak. Kerusi tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya, Dato’ Dublin Unting Ingkot dari BN semalam.

Pagi ini, ibu pejabat SPR di Putrajaya telah menerima notis kekosongan kerusi tersebut yang dihantar melalui faks. Pengarah SPR Sarawak, Takun berkata, notis tersebut ditandatangani oleh Speaker DUN Sarawak Dato’ Seri Mohd Asfia Awang Nassar, lapor Bernama.

Unting, yang merupakan Menteri Muda Pertanian dan Menteri Muda Sukan Sarawak, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Normah di Kuching pada jam 1.25 pagi semalam akibat serangan angin ahmar yang dialaminya pada 22 Mei lalu.

Dalam pilihan raya negeri Mei 2006, beliau menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dengan majoriti 806 undi.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: