Pilihan raya kecil di Batang Ai

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kawasan Batang Ai perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dato’ Dublin Unting Ingkot semalam.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ini kerana penggal DUN itu baru berusia lebih dua tahun dan mengikut Perlembagaan Negeri Sarawak, penggal akhir DUN itu ialah pada Julai 2011.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kematian Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu di Normah Medical Centre di Kuching pada pukul 1.25 pagi semalam akibat serangan angin ahmar.

Mendiang yang berusia 55 tahun merupakan Menteri Muda Sukan dan Pertanian Sarawak. Unting meninggalkan isteri, Datin Froline Moriah Demies Impoi, dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: