Perintah Perak tetapi kenapa tidak lantik Speaker DUN sekali?

Selepas ADUN Pangkor, Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke 11, kemudian melantik Exco-Exco Kerajaan Negeri beserta potfolio masing-masing, sehingga kini beliau masih belum lagi melantik Speaker DUN.

Kelewatan perlantikan Speaker DUN boleh menyebabkan tanda tanya daripada orang ramai. Adakah beliau akan mengumumkan nama calon tersebut apabila DUN sudah hampir akan bersidang? Dr Zambry patut mengumumkannya lebih awal agar persidangan DUN dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.

Tetapi, jawatan Speaker DUN sekarang masih lagi disandang oleh V Sivakumar. Bagaimana mungkin Dr Zambry melantik seorang Speaker yang baru daripada kalangan orang lain? Jawatan Speaker DUN tidak boleh dipecat sesuka hati.

Ini adalah kerana, jika mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Perak, Speaker tidak boleh ditukar melalui undi tidak percaya dan tidak boleh dipecat oleh MB. Speaker hanya boleh ditukar melalui dua cara, sama ada Speaker itu sendiri meletak jawatan secara sukarela atau DUN dibubarkan sahaja.

Oleh yang demikian, hanya ada satu cara sahaja bagi Dr Zambry untuk menukar Speaker baru iaitu melalui pembubaran DUN Perak. Persoalannya, adakah beliau sanggup menghadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk memohon perkenan daripada Baginda bagi membubarkan DUN? Jika Sultan Azlan Shah memberikan perkenan, bukankah dengan sendirinya pilihan raya bagi seluruh DUN Perak akan diadakan semula?

Adakah perkara dan situasi seperti ini akan berlaku? Adakah Dato’ Dr Zambry dan rakan-rakan beliau di dalam barisan yang sama bersedia untuk menghadapi kemungkinan tersebut? Sama-samalah kita tunggu dan lihat kisah selanjutnya.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: