Mukhriz tolak jawatan Kabinet jika menang Ketua Pemuda UMNO

Ahli Parlimen Jerlun yang juga merupakan calon Ketua Pemuda UMNO, Dato’ Mukhriz Mahathir akan menolak jawatan di dalam Kabinet jika beliau menang kerusi Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan yang akan diadakan pada bulan Mac 2009 nanti.

Beliau berkata demikian di hadapan sekumpulan wartawan dan berita tersebut juga telah disiarkan di dalam siaran Atma Global, Astro Awani pada malam Sabtu, 21.02.2009 yang lalu.

Mukhriz menyatakan, beliau menolak sebarang lantikan jawatan ke dalam Kabinet kerana ingin menumpukan kepada usaha mengembalikan semula sokongan orang ramai khususnya ahli parti kepada parti UMNO.

Baguslah jika begitu. Jarang kita mendengar dan menemui ahli UMNO yang lebih utamakan perjuangan parti berbanding meneruskan agenda peribadi apabila telah menang di dalam satu-satu jawatan yang ditandingi. Tetapi apakah langkah proaktif yang akan diambil dan dilakukan oleh Mukhriz kelak?.

Bagaimana beliau ingin menarik sokongan golongan anak muda yang lebih terarah kepada menyokong parti-parti gabungan PR?. Bagaimana juga caranya beliau ingin mengekalkan sokongan ahli-ahli parti sedia ada di samping menarik perhatian orang yang tidak berparti untuk menyertai UMNO?.

Dato’ Mukhriz perlu memberi penjelasan kepada orang luar kenapa mereka perlu menjadi ahli parti UMNO dan apakah dasar-dasar yang diperjuangkan oleh parti ini kepada rakyat Malaysia? Yang biasa kelihatan adalah UMNO lebih kepada memperjuangkan bangsa Melayu dan agenda ketuanan Melayu sahaja.

Bagaimana dengan perjuangan tentang bahasa Malaysia, kedaulatan Raja-Raja Melayu, isu pendidikan seperti tawaran biasiswa dan PPSMI, isu ekonomi, isu perundangan seperti badan kehakiman, kepolisan, ISA, isu rasuah dan SPRM dan banyak lagi isu jika ingin disenaraikan di sini?.

Melihat kepada isu-isu yang dinyatakan seperti di atas, sesungguhnya bukan mudah untuk menjadi seorang Ketua Pemuda UMNO dan menjadi jurucakap bagi pihak parti dan mewakili suara golongan pemuda di negara ini. Bercakap dan berjanji memang mudah tetapi perlaksanaannya bukan semudah kata-kata.

Apa yang dikhuatiri ialah ia akan menjadi satu retorik seperti perkara-perkara yang lepas sahaja. Akhirnya orang ramai akan berkata, tidak ada bezanya siapa pun yang dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO jika pi mai pi mai tang tu juga. Siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka juga.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: