Elizabeth Wong tidak perlu letak jawatan

Elizabeth Wong (Eli) yang telah menawarkan diri untuk meletakkan kedua-dua jawatan ADUN Bukit Lanjan dan Exco Kerajaan Negeri Selangor tidak perlu berbuat demikian. Ini adalah disebabkan foto separuh bogel beliau yang telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bukanlah atas kerelaan dirinya sendiri sewaktu gambar itu dirakamkan.

Eli mempunyai 4 pilihan iaitu:
1. Mengekalkan kedua-dua jawatan yang beliau sandang sekarang.

2. Mengemukakan saman malu kepada pihak-pihak yang menyebarkan gambar-gambar separuh bogel beliau.

3. Meletakkan jawatan Exco negeri Selangor sahaja, tetapi mengekalkan jawatan ADUN untuk terus memberikan khidmat kepada semua rakyat di kawasan yang diwakilinya.

4. Meletakkan kedua-dua jawatan beliau yang disandang kini.

Pendapat peribadi aku, pilihan nombor 2 dan 3 adalah pilihan yang boleh diambil oleh beliau. Tetapi jika beliau tetap bertegas dengan keputusannya untuk melepaskan kedua-dua jawatan tersebut, ia adalah satu keputusan yang harus dipuji.

Aku melihat ianya lebih kepada menjaga nama baik parti yang beliau wakili sebagai perkara utama, manakala menjaga nama baik pemimpin sebagai agenda kedua agar tidak dilabelkan sebagai parti tidak bermoral. Parti dan pemimpin perlu dilihat bermoral tinggi supaya terus mendapat sokongan daripada semua ahli parti dan gabungannya, rakyat Malaysia khasnya dan orang luar amnya.

Apapun, keputusan sama ada beliau terus kekal atau melepaskan kedua-dua jawatan bergantung kepada majoriti sebulat suara yang akan diambil oleh kepimpinan PKR dan rakan-rakan dalam PR. Sama-samalah kita nantikan beritanya.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: