Letak jawatan jika Dato’ Ibrahim Ali seorang bermaruah

Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali yang menganggap dirinya adalah Ahli Parlimen bebas, telah didesak oleh PAS Kelantan untuk meletak jawatan yang disandangnya sekarang jika beliau seorang yang bermaruah.

Kenyataan tersebut telah disuarakan oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato’ Takiyuddin Hassan semalam. Takiyuddin, yang juga Exco Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan berkata, Ahli Parlimen bebas itu meminta untuk bertanding pada pilihan raya umum Mac tahun lepas atas tiket PAS walaupun pemimpin PAS kawasannya pernah menolak cadangan itu.

Adalah difahamkan bahawa, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat telah memberi peluang kepada beliau bertanding atas tiket PAS walaupun PAS terpaksa membelakangi kehendak ahli di kawasan itu. Sehubungan itu, Takiyuddin berkata kemungkinan Penyelia Parlimen Kawasan berkenaan akan diwujudkan untuk menyelesaikan masalah rakyat. Tegasnya, PAS negeri sering menerima aduan dari rakyat di kawasan itu berhubung masalah mereka yang banyak tidak diselesaikan oleh wakil rakyat terbabit.

Jika perkara yang dibangkitkan adalah benar, adalah lebih baik Dato’ Ibrahim Ali meletak sahaja jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen agar kerusi tersebut boleh dikosongkan semula. Satu pilihan raya kecil boleh diadakan supaya rakyat di kawasan tersebut boleh memilih calon yang difikirkan sesuai untuk mewakili suara mereka di Parlimen.

Sekiranya Dato’ Ibrahim Ali berhasrat untuk bertanding semula, beliau boleh menyerahkan borang pencalonan pada hari penamaan calon nanti. Tetapi kali ini, kita boleh lihat beliau akan mewakli lambang parti yang mana pula. Adakah beliau akan mewakili lambang parti dacing biru, bulan purnama atau menggunakan lambang parti bebas?

Namun, jika beliau tetap berkeras tidak ingin meletakkan jawatan, tidak mengapa. Tunggu sehingga PRU ke 13, biar rakyat kawasan P022 sahaja yang menetukan nasib dirinya sama ada akan dipilih semula sebagai Ahli Dewan Rakyat ataupun tidak. Rakyat kini semakin celik maklumat dan bijak menilai seseorang wakil rakyat.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: