Budaya politik ugutan dan ancaman tumbuh subur di Malaysia

Pengerusi DAP dan juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh membuat laporan polis semalam selepas menerima sepucuk surat ugutan yang mengandungi dua butir peluru. Karpal membuat laporan tersebut di ibupejabat polis Pulau Pinang.

Antara lain, surat itu memberi amaran kepada ahli Parlimen Bukit Gelugor itu supaya jangan mencabar orang Melayu dan Raja Melayu. Menurutnya, surat itu dikirimkan dari Ipoh dan diterimanya pada hari Khamis lepas. Sampul surat itu juga menggunakan setem wajah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Karpal Singh menggesa polis mengadakan siasatan teliti kerana pengirimnya mengugut mahu membunuh keluarganya. Ahli politik itu percaya ugutan mempunyai kaitan dengan isu politik di Perak.

Ini merupakan budaya samseng yang tidak patut dibiarkan tumbuh subur di Malaysia. Budaya politik ugut mengugut dan ancaman seperti ini hanya dilakukan oleh mereka yang berada di dalam situasi terdesak sahaja. Golongan ini tahu bahawa sokongan terhadap mereka semakin terhakis dan berkurangan daripada sehari ke sehari.

Jadi untuk menutup keburukan dan kelemahan mereka, taktik mengalihkan tumpuan rakyat dan berlindung di sebalik isu ketuanan Melayu dan Raja-Raja Melayu pula dimainkan. Ini satu lagi budaya politik perkauman dan budaya politik sempit yang cuba diterapkan ke dalam minda rakyat.

Politik engkau-engkau dan aku-aku ini sudah tidak boleh diamalkan lagi pada masa ini. Kita patut beralih kepada budaya politik bangsa Malaysia. Budaya politik pecah dan perintah ini adalah tinggalan bekas penjajah negara untuk mereka terus berkuasa. Tetapi budaya ini masih terus diguna pakai oleh “the ruling party” atau parti yang memerintah untuk meneruskan cengkaman kuasa mereka.

Bangunlah bangsa Malaysia! Di era globalisasi dan di zaman teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini, budaya-budaya yang telah dinyatakan tadi sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Takkanlah kita masih ingin mengamalkan budaya politik kampung dari tahun 1940an hingga 1990an lagi? Jika masih ada golongan yang ingin meneruskan perjuangan tersebut pada masa akan datang, tunggulah saat kepupusan ideologi mereka akan tiba satu hari nanti.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: