Selepas Proton Exora, akan datang Proton Isabella pula?

Syarikat pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Berhad akan melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) pertama keluarannya yang diberi nama Exora pada bulan April 2009.

Pemilihan nama Exora merujuk kepada bunga siantan untuk MPV Proton itu dibuat menerusi peraduan dilancarkan pada 8 September tahun lalu yang dibuka kepada warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan boleh disertai secara dalam talian di laman web Proton dan SMS. Norsholihan Abd Eanich, 29, seorang guru dari Changlun, Kedah diumumkan sebagai pemenang utama peraduan ‘Menamakan MPV Proton’ dan bakal membawa pulang sebuah MPV Proton tersebut.

Nama yang dipilih tidak melambangkan ciri-ciri kebangsaan. Ianya lebih mirip kepada nama bahasa Inggeris. Kenapa rakyat Malaysia suka mengagung-agungkan bahasa asing? Bahasa menunjukkan bangsa. Kita adalah bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi. Kita seharusnya bangga dan tidak malu menggunakan bahasa rasmi negara kita iaitu Bahasa Malaysia.

Di dalam perkara menamakan sebuah kereta buatan tempatan, kita perlu mendahulukan nama yang melambangkan identiti negara sendiri. Jika dahulu Proton boleh menggunakan nama-nama seperti Saga, Wira, Satria, Perdana, Tiara, Putra, Juara, Arena dan Waja, tetapi kenapa nama Exora yang menjadi pilihan?

Apa maksud Exora? Adakah faktor komersial lebih diutamakan dalam pemilihan nama sebuah kereta buatan Malaysia? Kenapa MPV tersebut tidak dinamakan Proton Ceria atau nama lain yang difikirkan sesuai untuk menggambarkan kenderaan keriangan keluarga seperti yang dinyatakan oleh Pengarah Urusan Proton, Dato’ Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dalam sidang medianya kepada para wartawan?

Nama Exora ini mengingatkan aku kepada sebuah drama bersiri yang telah disiarkan di kaca tv tidak lama dulu iaitu Ezora. Bunyinya seakan-akan sama sahaja bukan? Aku rasa nama kereta Proton selepas ini bolehlah dinamakan Proton Isabella pula. Bunyinya sedap dan ada unsur-unsur komersial juga. Rasa-rasanya cadangan aku ini boleh diterima oleh Proton atau tidak? Entahlah…😀

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: