Selepas Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Bukit Lanjan pula bakal menyusul?

Selepas 2 kawasan yang mempunyai nama awalan bukit dikosongkan bagi memberi laluan pilihan raya kecil diadakan, satu bukit lagi dijangka akan menyusul. Kawasan DUN yang kini diberitakan panas ialah N37 Bukit Lanjan yang terletak di negeri Selangor.

Secara kebetulan pula, ketiga-tiga bukit tersebut berada di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Kebetulan yang kedua pula, nama kawasan-kawasan tersebut bermula dengan perkataan “Bukit”.

Adakah DUN BUkit Lanjan akan dikosongkan ataupun tidak, semua itu akan terjawap dalam sidang media yang akan diadakan di ibu pejabat Parti KeADILan Rakyat (PKR) di Tropicana, Petaling Jaya, Selangor bermula jam 2:00 petang ini.

Sama-sama kita nantikan sama ada kekosongan kerusi DUN itu bakal menjadi kenyataan atau sebaliknya. Pertanyaan aku, selepas ini “Bukit” mana pula yang ingin masuk dalam senarai bakal diadakan kawasan pilihan raya kecil? Adakah ianya mungkin Bukit Kayu Hitam?, Bukit Antarabangsa?, Bukit Tambun?, Bukit Chandan?, Bukit Panau?, Bukit Besi? Bukit Bunga? atau beberapa bukit lagi yang terdapat dalam senarai kawasan pilihan raya di Malaysia.

Bertuah dan popularnya bukit-bukit tersebut, bukan? Hai bukit…bukit…lepas ini ramailah orang yang tidak tidur malam dek kerana memikirkan kawasan bukit mana yang hendak ditawan dan dimenangi. Jangan sampai jadi gila bukit sudahlah hahahaha…😀

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: