Ada apa dengan 14 Februari?

Tarikh hari ini ialah 14 Februari. Biasanya ramailah orang yang menyambut Hari Kekasih. Sepanjang hidup aku, aku tidak pernah menyambut hari yang dikatakan istimewa bagi pasangan dua sejoli. Jadi, apa perkara menarik yang ingin aku taipkan di dalam blog ini?

Setiap tahun, tarikh ini juga mempunyai makna yang tersendiri dalam hidup aku. Apabila setiap kali tarikh 14 Februari tiba, anak sulung kepada kakak aku akan menyambut hari ulang tahun kelahirannya. Anak saudara aku itu bernama Nur Dini Qistina binti Abdul Halim. Maksud namanya ialah Cahaya Agama Keadilan. Nama panggilannya pula ialah Dini ataupun Qistina. Dia dilahirkan pada 14.02.2006 di Wad Bersalin, Hospital Kuala Lumpur (HKL). Maka, hari ini dia berusia 3 tahun.

Aku pernah terfikir, apa akan jadi apabila dia meningkat dewasa nanti. Jika dia mempunyai seorang teman lelaki, sudah pasti budak lelaki tersebut akan menghadapi situasi yang sukar. Ini adalah disebabkan harga sejambak bunga mawar dan coklat mahal untuk dijadikan hadiah hari lahir kepada anak saudara aku itu pada tarikh 14 Februari. Nasiblah…😀

Selamat hari lahir Nur Dini Qistina!

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: