P059 Bukit Gantang: tayangan perdana yang ditunggu-tunggu, adakah Ir Nizar lawan Dr Zambry akan jadi kenyataan?

Pakatan Rakyat (PR) di negeri Perak telah diaibkan dengan isu 3 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu N14 Changkat Jering, N31 Jelapang dan N59 Behrang yang telah mengisytiharkan diri mereka menjadi calon Bebas manakala seorang lagi ADUN N39 Bota menyertai semula parti UMNO. 3 ADUN Bebas itu pula telah menyatakan sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN) lantas membolehkan BN membentuk kerajaan negeri yang baru.

Kemelut itu bertambah parah apabila wakil BN mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Perak yang ke 11 dan hari ini diberitakan telah melantik beberapa orang anggota Exco negeri. Maka timbullah isu tuduh menuduh di antara satu sama lain dan pelbagai istilah telah digunakan seperti Menteri Besar sah, Menteri Besar haram, kerajaan negeri sah, kerajaan negeri haram, derhaka, mempertahankan perlembagaan negeri, menghina Sultan, ISA, kudeta dan lain-lain lagi. Masing-masing ingin menegakkan benang yang basah.

Namun, Isnin lepas 09.02.2009, Ahli Parlimen P059 yang mewakili PAS, Allahyarham Roslan Shaharum telah kembali kerahmatullah. Walaupun PR Perak dilanda kesedihan kerana kehilangan tampuk pemerintahan negeri dan juga seorang Ahli Parlimen, namun kuasa dan takdir Allah S.W.T. tiada siapa yang tahu dan dapat menduga. Adakah kematian Allahyarham merupakan satu pertolongan atau ujian daripada Allah S.W.T. kepada PR? Allah jua yang Maha Mengetahui kerana Dialah sebaik-baik perancang.

Cadangan aku, apa kata PR dan BN mencalonkan Menteri Besar masing-masing di kerusi P059 tersebut? PR boleh mencalonkan Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, seorang jurutera bertauliah manakala BN pula mencalonkan Dr. Zambry Abdul Kadir, lulusan Ijazah Doktor Falsafah (Pemikiran Politik) dari Universiti Temple, Amerika Syarikat (1995) . Jika dilihat daripada kelulusan akademik kedua-dua tokoh tersebut, masing-masing mempunyai latar belakang pendidikan yang hebat dan berjaya.

Selain daripada itu, cadangan aku ini juga untuk membuktikan siapakah yang akan mendapat sokongan yang ramai daripada rakyat negeri Perak dan layak menjadi pemimpin sebenar di negeri tersebut. Aku bercakap dalam konteks yang langsung tidak menyentuh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak ataupun Perlembagaan ya? Aku hanya bercakap dalam konteks aku sebagai seorang blogger dan juga seorang rakyat Malaysia yang diberi kebebasan untuk bersuara. Itu sahaja.

Namun, adakah semua yang aku impikan dan harapkan akan berlaku? Terpulanglah kepada kedua-dua parti tersebut untuk membuat keputusan. Tapi jika cadangan yang aku usulkan ini diterima oleh kedua belah pihak, pasti ia akan menjadi satu tayangan perdana yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Perak dan Malaysia khasnya dan diri aku sendiri amnya. Ada berani?

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: