N25 Bukit Selambau: syabas Arumugam!

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri Kedah dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N25 Bukit Selambau, V. Arumugam telah meletak kedua-dua jawatan tersebut semalam.

Tindakan beliau meletakkan jawatan sebagai ADUN Bukit Selambau dan Exco Kedah semalam adalah usaha beliau untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah daripada terus digugat oleh Barisan Nasional (BN). Arumugam juga bertindak secara bertanggungjawab dengan mengembalikan kuasa memilih di tangan rakyat untuk membuat keputusan.

Senario di Kedah tidak sama seperti di Perak. Arumugam mengembalikan semula mandat kepada rakyat dan biar rakyat memilih siapa yang dikehendaki. Bukannya macam Perak apabila tiga ADUN itu bertindak membelakangi amalan demokrasi, tidak berani kosongkan kerusi untuk adakan pilhan raya kecil. Rakyat Perak tidak diberi peluang pilih pemimpin mereka.

Alasan kuat Arumugam ialah beliau tidak tahan dengan tekanan, ugutan dan ancaman keselamatan yang dilakukan oleh pihak tertenu untuk beliau menyertai BN sedangkan beliau tidak mahu ‘lompat’ seperti diuar-uarkan media selama ini.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di sidang medianya yang diadakan di kediaman rasminya, Sri Mentaloon, semalam menyatakan kuota kerusi itu diserahkan kepada KeADILan sama seperti diperseutujui dalam pilhan raya umum tahun lalu.

Arumugam ialah seorang wakil rakyat yang baik cuma dia tidak mampu hadapi tekanan dan ancaman. Dia juga belajar daripada pengalaman seperti di Perak dan untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat, dia sanggup letak jawatan dan bukannya berpaling tadah macam di negeri Perak. Syabas diucapkan kepada bekas YB Arumugam! Selamat maju jaya dalam segala bidang yang diceburi selepas meletak jawatan.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: