Sistem beraja perlu diurus tadbir secara bijaksana

Di bawah ini merupakan petikan daripada akhbar Berita Harian bertarikh Rabu, 04.02.2009 yang lalu.

Perilaku salah antara punca keruntuhan institusi: Sultan Azlan

KUALA KANGSAR: Sultan Perak Sultan Azlan Shah, semalam, bertitah sistem beraja boleh runtuh jika tidak diurus tadbir secara bijaksana dan adil.

“Takhta boleh beralih dari istana ke muzium sejarah jika ia tidak diurus tadbir secara bijaksana dan adil. Sejarah menunjukkan kejatuhan sistem beraja bukan kerana sistem itu tidak baik, tetapi kerana berlaku perilaku salah.

“Persengketaan sesama sendiri dan juga berpunca daripada Raja salah disembah nasihat oleh barisan pembesar dan pegawai istana, yang memiliki kepentingan peribadi untuk menghimpun kekayaan atau mendapat pengaruh,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Mengadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Khas Darjah Kebesaran Jubli Perak di Istana Iskandariah, di sini.

Sultan Azlan bertitah, pada zaman silam, takhta adalah institusi ‘satu dalam semua dan semua dalam satu’ dan Raja yang memerintah memenuhi peranan penggubal undang-undang dan menggubal undang-undang atas budi bicara baginda, iaitu menyamai peranan sebuah Parlimen.

“Takhta juga memiliki kuasa eksekutif dan Raja memiliki kuasa pemutus.

“Kadangkala baginda mewakilkan kuasa itu kepada Bendahara, kadangkala baginda sendiri menjalankan tugas pemerintahan, lalu timbul istilah kerajaan berasalkan konsep Raja yang bekerja,” titah baginda.

Sultan Perak bertitah, takhta juga berperanan sebagai badan pengadilan, yang sesuatu perkara dibicarakan di hadapan Raja di dalam istana dengan Raja menjadi hakim dan memberi kata putus.

“Ketiga-tiga tugas yang amat berat itu tidak dapat dilaksanakan secara bijaksana, adil, seimbang dan berkesan jika diletakkan sepenuh tanggungjawab di bahu seorang Raja.

“Lalu berlaku proses evolusi berkerajaan. Di negara ini, tercapai formula berkerajaan dan bernegara melalui konsep perkongsian kuasa antara institusi istana dan institusi rakyat melalui Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen,” titah baginda. – Bernama

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: