Raja perlu bersifat berkecuali

Di bawah ini merupakan petikan daripada akhbar Berita Harian bertarikh Rabu, 04.02.2009 yang lalu.

KUALA KANGSAR: Raja, sebagai Ketua Negeri dan Negara, perlu bersifat berkecuali, tidak memihak dan bebas daripada berkepentingan diri bagi menjamin keadilan bagi rakyat, titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Titah baginda, selaku Ketua Negeri peringkat negeri dan Ketua Negara pada peringkat nasional, Raja berperanan sebagai tonggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan.

“Kehadiran Raja membantu keberkesanan mekanisme semak dan imbang, sekali gus memperkukuhkan institusi perundangan, eksekutif dan kehakiman yang diwujudkan di negara ini.

“Ini akan meningkatkan tahap keyakinan rakyat kepada sistem berkerajaan dan sistem bernegara berteraskan amalan demokrasi berlandaskan doktrin pengasingan kuasa,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian sempena istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan khas darjah kebesaran Jubli Perak Pemerintahan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Balairong Seri, Istana Iskandariah di sini, semalam.

Pada istiadat itu, 25 individu yang berjasa dan memberi khidmat setia kepada Sultan Perak menerima darjah khas, Darjah Kebesaran Dato’ Seri Azlanii (DSA) yang membawa gelaran Datuk Seri. Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun.

Raja Nazrin juga bertitah, Paduka Seri Ayahanda baginda (Sultan Azlan Shah) memperlihatkan contoh agar kata dan laku seorang Raja itu tidak disalah tafsir dan tidak disalah lihat.

“Paduka Seri Ayahanda nyata memahami denyut nadi… denyut jantung warga dari pelbagai agama, pelbagai kaum dan pelbagai budaya yang berada di bawah payung naungan pemerintahan Paduka Seri Ayahanda,” titah baginda.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: