Kerajaan Selangor mahu kontrak SYABAS ditamatkan

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan bahawa kerajaan negeri kini menunggu maklum balas daripada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi berhubung cadangan menamatkan kontrak konsesi 30 tahun Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

Beliau memberitahu, kerajaan negeri meminta kementerian itu membuat keputusan segera selepas mendapati SYABAS sengaja melanggar beberapa terma perjanjian konsesi berdasarkan laporan Jabatan Audit Negara baru-baru ini.

“Kita memandang serius pelanggaran terma konsesi oleh SYABAS berdasarkan laporan audit itu yang antara lainnya ialah sebahagian besar kontrak yang ditawarkan syarikat utiliti itu yang bernilai lebih RM500 juta adalah secara perbincangan terus bukan secara tender terbuka.”

“Sepatutnya semua kontrak perlu ditawarkan secara tender terbuka dan saya telah menulis kepada Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor mengenai perkara itu dan beberapa hal lain.”

Beliau mengulas laporan akhbar yang memetik sumber bahawa kerajaan negeri meminta kementerian terbabit menamatkan konsesi SYABAS kerana dikatakan melanggar syarat-syarat kontrak selama 30 tahun itu. SYABAS kini dimiliki Puncak Niaga dengan 70 peratus pemilikan saham manakala selebihnya oleh sayap pelaburan kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Berhad.

Aku sokong kontrak SYABAS ditamatkan. Nilai yang diumumkan adalah besar bagi tempoh 30 tahun. Apakah bidang kerja yang dilakukan oleh mereka selama tempoh tersebut? Aku berharap kerajaan negeri Selangor dapat mendedahkan isu penyelewengan ini kepada seluruh rakyat Selangor khasnya dan semua rakyat Malaysia amnya agar tiada pihak atau individu-individu tertentu mengaut keuntungan mudah berlipat ganda daripada syarikat-syarikat atau aset-aset milik kerajaan negeri.😦

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: