Isu halal: sila tandatangan petisyen MACOM!

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengusaha pasar raya dan kedai runcit yang mencampurkan barangan halal dan haram di premis mereka mendorong Persatuan Penggerak Pembangunan Komuniti Malaysia (MACOM) melancarkan petisyen dalam talian.

Presiden MACOM, Norizan Sharif berkata, petisyen itu bertujuan mendesak kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya mengambil langkah sewajarnya untuk menangani perkara tersebut.

“Kita menerima banyak aduan daripada pengguna mengenai masalah tersebut kerana ia telah menimbulkan suasana tidak selesa khususnya di kalangan pengguna Islam.”

“Kita mahu pihak berkuasa serius dalam hal ini kerana ia melibatkan kepentingan pengguna yang merasa was-was dan kurang senang dengan tindakan sesetengah pasar raya yang langsung tidak mengendahkan sensitiviti agama lain.”

Jelas Norizan, antara kandungan petisyen tersebut ialah mendesak kerajaan mengambil langkah yang difikirkan wajar dalam memastikan label yang jelas digunakan bagi menandakan sesuatu barangan yang haram dimakan oleh masyarakat Islam di sesebuah pasar raya atau kedai runcit.

Ini kerana dakwanya, masih terdapat pengusaha pasar raya yang mencampuradukkan barangan haram khususnya produk babi dan arak dengan produk-produk lain.

Petisyen itu boleh ditandatangani secara dalam talian di sini

Norizan mengharapkan petisyen itu dapat mengumpul 10,000 tandatangan dalam masa empat bulan sebelum diserahkan kepada kerajaan.

Jika anda prihatin terhadap isu halal dan haram yang diperjuangkan oleh MACOM, sila turunkan tandatangan pada petisyen tersebut agar desakan kita akan diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Aku sudah pun menandatangani petisyen tersebut.🙂

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: