Aznil Nawawi dikurniakan pingat Johan Mahkota Wilayah

Bandaraya Kuala Lumpur menyambut ulang tahun ke 35 penubuhan Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2009 yang lalu. Tema Hari Wilayah tahun ini ialah Wilayah Maju Warga Sejahtera. Bersempena dengan sambutan tersebut, Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat pada hari Selasa, 02 Februari 2009 bertempat di Balai Rong Seri, Istana Negara.

Di dalam senarai 28 penerima Johan Mahkota Wilayah (JMW), salah seorang daripadanya ialah Perunding Kreatif Kumpulan, Astro Entertainment Sdn Bhd, Aznil Nawawi. Beliau juga merupakan pengacara rancangan Macam Macam Aznil, Jangan Lupa Lirik, Tom Tom Bak dan Kring Kring. Semoga pingat tersebut menjadi penyuntik semangat kepada dirinya untuk terus melakukan tugas yang diamanahkan dengan ikhlas. Tahniah diucapkan kepada beliau.🙂

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: