25 tahun pemerintahan Sultan Azlan Shah di negeri Perak

Negeri Perak telah meraikan sambutan Jubli Perak pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah pada hari Selasa, 03.02.2009 yang lalu. Sultan Azlan Shah, 80 tahun, menaiki takhta sebagai Sultan Perak ke-34 berikutan kemangkatan ayahanda saudara baginda, Sultan Idris Shah pada 3 Feb 1984.

Sultan Azlan Shah berkenan mengurniakan darjah khas iaitu Darjah Kebesaran Datuk Seri Azlanii (DSA) sempena ulang tahun ke-25 pemerintahan Baginda pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Khas di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak.

Menurut kenyataan Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, darjah tersebut dikurniakan kepada 25 individu yang banyak berjasa dan memberikan khidmat setia kepada Baginda. Darjah kebesaran itu hanya dikurniakan sekali sahaja oleh Baginda.

Bagi Mufti Perak Datuk Seri Dr Harussani Zakaria, 69 tahun, penganugerahan Darjah Kebesaran Datuk Seri Azlanii (D.S.A.) yang membawa gelaran Datuk Seri itu dianggap sebagai satu cabaran untuk beliau bekerja lebih bersungguh-sungguh. Anak kelahiran Perak yang dilantik sebagai Mufti negeri sejak 1985, setahun selepas Sultan Azlan Shah menaiki takhta, amat bersyukur dengan penghargaan itu.

“Walaupun ianya satu kurniaan, pada masa yang sama ianya juga satu cabaran, sama juga dengan anugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan (yang diterimanya pada tahun lepas).”

Baginda merupakan antara empat Sultan yang bersemayam di atas takhta kerajaan mencecah 25 tahun. Mengikut sejarah Kesultanan Perak, Sultan Mansur Shah I, Sultan Perak kedua memerintah selama 28 tahun (1549-1577), Sultan Mahmud Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke-11 memerintah selama 67 tahun (1653-1720) dan Sultan Idris Murshidul’adzam Shah I, Sultan Perak ke-29 memerintah selama 29 tahun (1887-1916).

Patik sebagai seorang rakyat Malaysia, merafak sembah tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Shah. Semoga Tuanku dilanjutkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah S.W.T.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: