Senaman selama tujuh minit bantu elak kencing manis

Senaman secara agresif dan berterusan selama tiga minit dapat membantu mengelakkan diabetes kerana dipercayai dapat mengawal kandungan gula dalam darah, kata penyelidik Britain.

Hasil kajian yang disiarkan dalam jurnal BioMed Central Endocrine Disorders menunjukkan orang ramai yang tidak mampu memenuhi garis panduan kerajaan menggesa senaman secara sederhana hingga bersungguh-sungguh selepas beberapa jam seminggu masih boleh mendapat manfaat daripada bersenam.

Pakar biologi senaman di Universiti Heriot-Watt di Edinburgh, James Timmons dan pasukannya menunjukkan senaman cuma tujuh minit setiap minggu membantu sekumpulan 16 lelaki dalam lingkungan usia 20-an mengawal insulin mereka.

Sukarelawan yang berkeadaan gemuk tetapi sihat, mengayuh basikal senaman sebanyak empat kali sehari selama 30 saat dan melakukannya dengan pantas dua kali seminggu.

Selepas dua minggu, mereka mencatatkan kemajuan 23 peratus keadaan tubuh mereka bertambah baik dalam menggunakan insulin secara berkesan untuk membersihkan glukos dari saluran darah, kata Timmons. Kesan itu berpanjangan sehingga 10 hari selepas pusingan akhir senaman.

Ini merupakan amaran kepada individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan suka mengambil kandungan gula yang banyak dalam minuman dan masakan mereka. Sila ubah tabiat anda selepas ini agar rajin bersenam. Bersenam bukan sahaja dapat mengeluarkan peluh dan menyihatkan tubuh badan tetapi dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit kencing manis.🙂

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: