LCCT baru di Labu tidak lulus

Cadangan AirAsia Bhd. untuk membina sebuah lapangan terbang berharga RM1.6 bilion di Labu, Negeri Sembilan ditolak oleh kerajaan, tetapi syarikat penerbangan tambang murah itu dikatakan memperoleh beberapa konsesi, demikian menurut beberapa sumber.

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan diberi tanggungjawab membina sebuah terminal syarikat penerbangan kos rendah (LCCT) baru, berdekatan terminal sekarang, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, kata satu sumber yang mempunyai maklumat mengenai hasil mesyuarat itu.

Keputusan untuk membatalkan projek itu disampaikan kepada AirAsia pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan dihadiri pegawai Kementerian Kewangan, MAHB, dan AirAsia.

Sumber itu menyatakan AirAsia berjaya mendapat jaminan mengenai caj dan cukai lapangan terbang yang lebih rendah, yang ia akan berunding dengan MAHB dan akan dibenarkan memberi input mengenai spesifikasi bagi LCCT baru itu.

Malaysia tidak memerlukan sebuah lagi LCCT kerana kos untuk membinanya bukannya murah. Negara kita patut menggunakan kemudahan yang telah sedia ada. Pada masa ekonomi negara dan dunia menghadapi kegawatan dan kemelesetan, alangkah baiknya sebarang projek mega dihalang perlaksanaannya. Wang yang akan dibelanjakan itu lebih baik disalurkan kepada projek-projek yang lebih mesra rakyat seperti perumahan, pendidikan dan sebagainya.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: