Erdogan disambut sebagai seorang wira

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan disambut sebagai wira sekembalinya ke Istanbul selepas menempelak Presiden Israel, Shimon Peres dan bertindak keluar dari Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos ketika ia sedang hangat berdebat mengenai serangan Israel ke atas Gaza.

Ribuan orang berkumpul di lapangan terbang Ataturk Istanbul bagi menyambut kepulangan Erdogan, sambil melambaikan bendera Turki dan Palestin serta melaungkan namanya.

Selepas bertikam lidah dengan Peres, Erdogan berkata, beliau mungkin tidak akan menghadiri lagi perjumpaan tahunan negara kaya dan berkuasa itu yang berlangsung di pusat peranginan Switzerland.

Ketika berdebat mengenai Asia Barat, Peres mempertahankan serangan negaranya ke atas Gaza sejak bulan lalu dan dengan suara yang tinggi dan menuding jarinya, bertanya kepada Erdogan apa yang akan dilakukannya jika roket dibedil ke Istanbul setiap malam.

Datuk Bandar Istanbul, Kadir Topbas, daripada Parti AK pimpinan Erdogan, berada di lapangan terbang bagi menyokong Perdana Menterinya, lapor akhbar Hurriyet Daily.

Turki yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel dan dunia Arab, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel ke atas Gaza, yang mengorbankan lebih 1,300 orang. Tindakan Erdogan mengejutkan Israel.

Israel memang perlu diberi kejutan agar mereka dapat disedarkan daripada lamunan. Jangan rasa negara mereka kuat dan tiada siapa yang berani mengecam tindakan ganas dan kejam tentera Israel terhadap rakyat Palestin. Hidup jangan menongkat langit kerana bukan selamanya mereka akan berada di atas. Satu hari nanti mereka pasti akan dikalah dan dijatuhkan oleh tentera-tentera jihad Islam.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: