Ramlang Porigi dihukum buang kerja

Ramlang Porigi merupakan bekas Imam Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Ramlang Porigi merupakan bekas Imam Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Bekas Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi, yang dikaitkan sebagai saksi sumpah laknat seorang pemuda yang mendakwa diliwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dikenakan hukuman buang kerja.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dato’ Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz, ketika dihubungi di Brunei mengesahkan tindakan itu yang diambil mengikut prosedur biasa tatatertib jabatan kerajaan. Beliau berkata hukuman itu berkuatkuasa minggu ini tetapi tidak dapat memberikan tarikh tepat.

Bagaimanapun, Ramlang boleh mengemukakan rayuan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam berhubung tindakan jabatan itu dan Lembaga Rayuan Tatatertib akan mengkajinya. Wan Mohamad berkata surat berkenaan dikeluarkan oleh Bahagian Sumber Manusia Jakim awal minggu ini.

Apa nak jadi dengan situasi di Malaysia masa kini. Jika penjawat awam membantu pihak pembangkang mereka akan dikenakan tindakan disiplin atau dibuang kerja. Tetapi jika mereka menyebelahi pihak kerajaan, seperti cerita seorang Duta Malaysia ke Mongolia yang turut sama berkempen dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh pada bulan Ogos 2008 yang lalu, tiada sebarang tindakan dikenakan kepadanya.

Rakyat seperti tidak boleh menyuarakan pendapat atau pandangan masing-masing dan mesti sentiasa menyokong kerajaan sahajakah? Inikah yang dinamakan kebebasan bersuara dan amalan demokrasi yang selalu dilaung-laungkan?😦

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: