Kenyataan Media Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)

KENYATAAN MEDIA
GERAKAN MANSUHKAN PPSMI (GMP)
28 JANUARI 2009

Gerakan Mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) atau ringkasnya GMP akan mengadakan pelancarannya pada hari Sabtu 31.01.2009, jam 3 petang di Pusat Perniagaan SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Keputusan pelancaran ini telah diputuskan pada mesyuarat Badan Induk GMP pada 20.01.2009 yang dipengerusikan oleh Dato’ Dr Hassan Ahmad yang juga Pengerusi GMP. Pelancaran ini akan dipimpin oleh Pengerusi GMP yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bakal turut hadir adalah pejuang-pejuang bahasa, pimpinan politik dan badan bukan kerajaan. Semua mereka yang menyokong perjuangan GMP dijemput hadir khususnya yang tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur.

Pelancaran ini adalah aktiviti pertama GMP yang dibuat secara terbuka. Selepas ini road show ke negeri-negeri akan dilaksanakan pada bulan Februari 2009. Mesyuarat bersama penggerak-penggerak di peringkat negeri akan diadakan pada hari Jumaat 30.01.2009 di Kuala Lumpur. Aktiviti ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada masyarakat mengapa PPSMI mesti dimansuhkan seterusnya mengajak semua lapisan masyarakat bersama-sama dalam “Himpunan 100 Ribu” di Istana Negara pada Sabtu 7hb Mac 2009.

Penyerahan memorandum pemansuhan PPSMI kepada semua Ahli Parlimen Malaysia akan diadakan pada Selasa 17hb Februari 2009 di hadapan Parlimen. Sebelum ini GMP pernah menyerahkan memorandum pemansuhan PPSMI kepada Pakatan Rakyat (PR) di Kuala Terengganu. Usaha untuk menyerahkan memorandum kepada Barisan Nasional (BN) gagal kerana tidak diberi ruang oleh pimpinan BN. Memorandum ini adalah salah satu usaha pihak GMP untuk mendesak pihak kerajaan dan pembangkang memperdebatkan isu ini dalam Parlimen dalam waktu yang terdekat. Pemansuhan dasar PPSMI perlu dilaksanakan dengan segera sebelum terlambat. Jika tidak, generasi muda khususnya di luar bandar bakal berdepan dengan pelbagai masalah pada masa akan datang.

Hasni Bin Abas
Setiausaha
Badan Induk Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)
012-2612316

* * Hasni Bin Abas juga merupakan Pengerusi Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa & Pustaka

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: