PTPTN: caj perkhidmatan 1 peratus kekal

Dato' Idris Haron

Dato' Idris Haron

Caj perkhidmatan satu peratus kepada pelajar yang memperoleh pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah kekal dan tetap dilaksanakan kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Idris Haron.

Beliau berkata, tiada perubahan mengenai perkara itu sejak kerajaan membuat keputusan mengenakan caj satu peratus berbanding kadar lama tiga peratus untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda dan lima peratus untuk pelajar Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah, berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Caj satu peratus tiada perubahan, malah tetap dilaksanakan bermula pada tarikh Kementerian Pengajian Tinggi membuat pengumuman. Orang ramai tidak perlu risau kerana PTPTN dalam proses mengemas kini data peminjam, semua peminjam akan nikmati kemudahan itu kecuali mereka yang mempunyai kes tunggakan dan kes perintah mahkamah.

“Mereka yang tidak ada masalah, tidak perlu bimbang.”

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini caj PTPTN yang menimbulkan kekeliruan orang ramai kerana pengurusan PTPTN masih mengenakan caj lama.

Mengulas lanjut, Idris berkata, mana-mana peminjam yang layak menikmati caj satu peratus tetapi dikenakan caj tiga peratus, kadarnya akan dikira semula dan lebihan bayaran akan dikembalikan.

“Jangan mengamuk, jangan marah, kita kerajaan prihatin, kotakan janji.”

“Caj satu peratus tetap dilaksanakan, ‘back dated’ dikira semula bermula daripada tarikh kita buat pengumuman untuk mengurangkan caj itu.”

Baru-baru ini, PTPTN mengumumkan penangguhan pengurangan kadar caj satu peratus yang dijanjikan bermula bulan ini berikutan kebanyakan peminjam gagal mengemas kini data peribadi mereka terutama alamat terkini.

Pengerusi PTPTN, Dato’ Dr Mohamed Shahrum Osman, berkata pihaknya akan cuba menghantar notis secara berperingkat secepat mungkin tetapi belum menetapkan tarikh kerana perlu menunggu data dan alamat terkini daripada peminjam.

Ini adalah satu tindakan yang tidak adil. Kenapa kadar caj satu peratus tidak diselaraskan kepada semua peminjam? Mengapa peminjam yang mempunyai kes tunggakan atau kes perintah mahkamah dianaktirikan? Ia menggambarkan seolah-olah ini merupakan hukuman kepada mereka yang ingkar membuat pembayaran balik tepat pada masanya.

Sebagai rakyat Malaysia kami memerlukan layanan yang sama rata. Adakah pihak Kementerian dan PTPTN mengambil kira kesusahan yang ditanggung oleh peminjam?. Pernahkah mereka ambil tahu bahawa kebanyakan graduan masih belum mendapat pekerjaan selepas mereka menamatkan pengajian?. Ada juga yang mempunyai tanggungan yang ramai malah tidak mustahil ada juga yang diberhentikan kerja di zaman kemelesatan ekonomi global kini.

Itu merupakan di antara beberapa sebab mengapa peminjam gagal membuat pembayaran balik pinjaman tersebut. Aku berharap semoga kedua-dua pihak ini dapat mengkaji semula penurunan kadar caj yang baru, agar semua peminjam dapat sama-sama merasai keuntungan yang telah diumumkan.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: