Palestin: bom fosforus senjata paling kejam

Seorang rakyat Palestin yang melecur di badan akibat serangan bom fosforus putih oleh tentera Israel.

Seorang rakyat Palestin yang melecur di badan akibat serangan bom fosforus putih oleh tentera Israel.

Bom fosforus yang digugurkan tentera Yahudi di Gaza dianggap senjata kejam generasi baru yang mempunyai ‘naluri’ menyeksa serta membunuh kebanyakan mangsa Palestin dalam proses paling perlahan dan menyakitkan.

Pakar pembedahan plastik Hospital Al-Sifa’, Dr Aladdin Ali yang ditemui berkata, bom kimia fosforus putih yang digunakan tentera rejim Yahudi disifatkan sebagai senjata paling zalim dan menyeksakan individu yang dibakar olehnya.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati, kimia fosforus itu tidak hanya membakar kulit luar mangsa, malah turut mengakibatkan isi daging mangsa dihakis hingga sampai ke bahagian tulang.

Kimia ini seperti asid yang memakan daging manusia, malah tulang mangsa juga akan dimamah perlahan-lahan. Oleh itu, doktor berusaha menggunakan kaedah ‘debridement’ bagi membersihkan tulang dan tisu daging mangsa yang dicemari fosforus berkenaan.

Berbeza dengan kebakaran biasa, kimia fosforus akan menyebabkan kesan lubang kebakaran besar hingga bahagian dalam tubuh mangsa. Lubang kecederaan itu akan terus berdarah dan bernanah tanpa dapat disembuhkan.

Menurutnya, jika kes kebakaran biasa mengambil masa sehingga satu minggu dijangkiti bakteria, namun luka mangsa yang dimakan fosforus mengambil masa kurang dua hari untuk bernanah dan sukar dipulihkan.

Doktor pakar turut terkejut apabila mendapati kimia fosforus putih berkenaan seolah-olah mempunyai mata untuk menyerang semua sistem tubuh termasuk buah pinggang, hati, perut dan usus mangsa.

Akibatnya ada antara mangsa terpaksa menjalani pembedahan membuang usus dan buah pinggang kerana bimbang fosforus terus menular hingga jantung dan organ utama lain.

Keadaan mangsa yang terselamat amat terseksa berikutan mereka tidak hanya berasa pedih, malah sakit terlampau. Rasa gatal pada luka turut menyebabkan mangsa tidak boleh tidur selain mengalami trauma teruk pada emosi. Luka berkenaan dapat disembuhkan, namun pesakit akan dihinggapi kanser pada kawasan yang pernah terbakar itu.

Sejak serangan Israel bermula Disember, 10 doktor di unit kebakaran Hospital Al-Sifa’ bekerja 23 hari dan 24 jam untuk merawat lebih 500 mangsa serangan kimia fosforus dalam keadaan kekurangan ubat-ubatan. Sukar untuk meramalkan nasib mangsa fosforus yang terselamat berikutan kimia ini terus berada dalam tubuh dan membunuh mangsa dengan perlahan hari demi hari.

Kejam dan zalim!😦 Tindakan kebinatangan Israel sudah melampau. Masyarakat dunia perlu lakukan desakan secara besar-besaran agar penggunaan bom kimia seperti fosforus putih diharamkan dan tidak digunakan dalam peperangan Israel-Palestin untuk kelangsungan hidup generasi rakyat Palestin pada masa akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: