Indonesia haramkan yoga untuk umat Islam

Senaman yoga mempunyai unsur amalan agama Hindu.

Senaman yoga mempunyai unsur amalan agama Hindu.

Badan Islam tertinggi di Indonesia mengharamkan amalan yoga di kalangan umat Islam, yang disifatkan mempunyai unsur amalan Hindu, berikutan kebimbangan kumpulan agama mengenai kesan akidah ummah.

Keputusan di Indonesia itu menyamai keputusan yang dilakukan di Malaysia dan Mesir mengenai amalan senaman kuno India yang semakin popular di seluruh dunia itu.

Ulama, Ma’ruf Amin, berkata Majlis Ulama mengeluarkan keputusannya itu akhir minggu lalu selepas melawat gimnasium dan kelas yoga persendirian di seluruh republik berkenaan. Ma’ruf berkata, keputusan itu tidak menjejaskan mereka yang terbabit dengan amalan yoga bagi tujuan kesihatan atau sukan. Bagaimanapun keputusan itu mendapat kritikan pengamal yoga.

“Tidak perlu dibimbangkan mengenai perkara ini.”

kata Jamilah Konny Fransiska, seorang guru yoga di Batam, sambil menambah kebanyakan pelajarnya mengamalkan yoga untuk menguatkan tubuh dan minda.

“Tiada langsung atau mungkin hanya sedikit elemen kerohanian. Ulama perlu memfokuskan kepada hal agama saja bukan mengenai perkara ini.”

kata Jamilah lagi.

Yoga, amalan senaman mental dan fizikal menjadi popular di Amerika Syarikat dan kebanyakan sekolah awam mula menawarkannya sebagai program pendidikan fizikal.

Aku menyokong dan bersetuju amalan yoga diharamkan untuk umat Islam. Bagi umat Islam, solat 5 waktu yang dikerjakan dengan tertib dan betul bukan sahaja dapat menguatkan tubuh dan minda tetapi ia juga dapat menguatkan tulang badan kita. Kita juga tidak perlu bersusah payah untuk bersenam di gimnasium kerana gerakan solat itu adalah sama seperti kita berolahraga! Jika kita solat cukup 5 waktu, ini bermakna kita telah melakukan aktiviti olahraga sebanyak 5 kali sehari! Hebat, bukan?😀

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: