Gerhana matahari jelas dilihat di Indonesia

Perubahan gerhana matahari yang jelas kelihatan di Anyer, Indonesia. Gambar diambil daripada akhbar Kosmo! Online.

Perubahan gerhana matahari yang jelas kelihatan di Anyer, Indonesia. Gambar diambil daripada akhbar Kosmo! Online.

Beribu-ribu rakyat Indonesia di bandar peranginan Anyer gembira kerana dapat menyaksikan gerhana matahari selama empat minit bermula pada pukul 4.40 petang pada waktu tempatan Isnin lepas (26.01.2009).

Gerhana separuh atau gerhana anulus dianggap kurang penting kepada ahli astronomi kerana ia berlaku sebanyak 66 kali dalam setiap abad dan hanya boleh disaksikan di lokasi-lokasi tertentu sahaja.

Kebanyakan lokasi di Indonesia dari Sumatera hingga ke Kalimantan, hanya penduduk di Pulau Cocos dapat menyaksikan gerhana penuh, kata seorang pakar astronomi, Jay Pasachoff.

Gerhana separuh melitupi satu peratus hingga 84 peratus diameter matahari turut dapat dilihat di wilayah selatan Afrika, tenggara India, Asia Tenggara dan sebahagian Australia.

Gerhana matahari penuh pernah berlaku pada 1 Ogos 2008 di Kanada, Greenland, Artik, Rusia, Mongolia dan China. Gerhana penuh yang berikutnya ialah pada 22 Julai depan. Gerhana itu akan dapat disaksikan oleh penduduk di India, Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar, China dan Jepun.

Walaupun aku tidak berkesempatan untuk melihat fenomena kejadian alam ini dengan mata kasar, tetapi aku dapat mengetahuinya melalui akhbar sahaja. Apa yang aku boleh katakan ialah ianya cantik sehingga aku berasa kagum dan teruja dengan ciptaan Allah S.W.T. Subhanallah.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: