Palestin: penduduk menunggu maut

Seorang ibu melihat keadaan anaknya yang mengalami kecederaan akibat dipercayai terkena bom fosforus. Foto diambil daripada Berita Harian Online.

Seorang ibu melihat keadaan anaknya yang mengalami kecederaan dipercayai terkena bom fosforus. Foto diambil daripada Berita Harian Online.

Kesengsaraan penduduk Palestin akibat keganasan rejim Zionis masih belum berakhir kerana berpuluh-puluh ribu rakyatnya, termasuk anak kecil kini berdepan maut akibat penggunaan pelbagai senjata dan bom yang diharamkan ketika serangan dilakukan di wilayah berkenaan.

Selain kerosakan sel, mangsa walaupun masih hidup, dikatakan hanya menunggu masa sebelum disahkan sebagai penghidap penyakit kronik seperti barah beberapa tahun lagi berikutan penggunaan senjata maut seperti bom kimia dan fosforus putih. Senjata itu adalah bahan kimia mudah terbakar dan meninggalkan kesakitan teramat sangat kepada mangsa, termasuk melecur.

Ini boleh disaksikan menerusi paparan foto menyayat hati mayat kanak-kanak yang melecur dengan tompokan warna putih, seperti terpampang di kebanyakan media utama dunia ketika serangan kejam Israel ke atas wilayah Gaza selamat tiga minggu, mulai 27 Disember lalu.

Apa dikesali, pelbagai senjata biologi dan kimia berbahaya yang digunakan askar Zionis yang menyalahi peraturan antarabangsa itu, sengaja disasarkan di kawasan padat penduduk yang menjadi antara taktik kejam pembunuhan sistematik generasi muda serta rakyat Palestin.

Perkara ini didedahkan Menteri Kesihatan Palestin yang juga pemimpin kanan pergerakan Hamas, Dr Basem N Naim yang menyifatkan perbuatan Yahudi itu bukan saja tidak berperikemanusiaan, tetapi membuktikan niat sebenar mereka melenyapkan rakyat Palestin daripada tanah air mereka.

Rejim Zionis ini syaitan bertopengkan manusia. Mereka tidak sekadar berniat jahat menakluki bumi Gaza, malah berhajat besar melenyapkan kaum Palestin dari muka bumi ini. Basem turut menyifatkan bom fosforus putih itu sebagai antara ‘bom syaitan’ paling kejam. Mangsa akan mati dengan cara perlahan-lahan apabila kimia ini meresap hingga mengikis jantung, hati dan organ utama lain.

Selain itu, katanya, masih ramai rakyat Palestin di pinggir kota Gaza yang diserang, mendakwa tidak hanya dihujani peluru, malah turut ditembak dengan sejenis gas saraf putih yang menyebabkan penduduk kampung mengalami gangguan pernafasan, suhu badan naik mendadak selain menyebabkan tubuh lemah serta-merta.

Pihak berkuasa Palestin dengan kerjasama agensi NGO turut mendapati wujud pelbagai jenis peluru roket dan mortar milik Israel yang mengandungi sisa uranium. Kimia radioaktif ini sengaja diletupkan bersama bom berkenaan bagi memastikan debu radioaktif itu mengenai penduduk Palestin.

Tidak hairanlah selepas serangan Israel pada 2006, berlaku peningkatan mendadak kes barah di kalangan penduduk berusia bawah 30 tahun yang mewakili 70 peratus rakyat di Palestin di Gaza.

Selain beberapa bom berkenaan, Palestin kini turut diancam sejenis bom misteri yang menyebabkan sistem sel tubuh untuk menyembuhkan luka gagal berfungsi. Beberapa doktor yang merawat pesakit mendapati luka mangsa yang terkena serpihan bom ‘misteri’ itu akan terus berdarah tanpa henti.

Tisu kulit mangsa akan pecah walaupun dijahit berulang kali sebelum mangsa akhirnya mati akibat kehilangan terlalu banyak darah dari luka berkenaan. Selain itu, beliau diberitahu oleh wakil perubatan dari Norway berhubung sejenis senjata dipanggil ‘dime bom’ yang akan meletup dan menyebabkan badan mangsa di sekitar kawasan itu hancur.

Bom kejam yang pernah digunakan tentera Amerika ketika perang di Iraq dulu menyebabkan mangsa menderita cacat seumur hidup. Sementara itu, kesempatan pertemuan lebih dua jam berkenaan turut menemukan angkasawan negara , Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yang mewakili Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Pemuda Masjid) dengan menteri berkenaan dalam usaha membantu mangsa peperangan yang kini terlantar di hospital.

Apa lagi yang boleh aku katakan. Tentera Israel dan rejim Zionis memang kejam. Mereka berhasrat untuk menghapuskan terus rakyat Palestin di muka bumi ini. Tetapi tidak semudah itu mereka boleh melakukannya. Jika seorang warga Palestin yang menjadi korban keganasan dan kekejaman mereka, pasti ramai lagi akan bangkit menentang kerakusan Israel. Aku pasti mereka akan terus berjihad untuk mencapai mati syahid yang diidam-idamkan.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: