Kuiz SMS tidak boleh kenakan caj tambahan

logo Celcom

logo Celcom

Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan berkuatkuasa serta-merta, penganjur peraduan menerusi SMS tidak dibenar mengenakan bayaran pendaftaran atau caj tambahan, sebaliknya perlu mengekalkan caj sedia ada bagi mengelakkannya dengan unsur perjudian.

Majlis itu juga memutuskan sebarang tindakan penganjur yang mengenakan bayaran pendaftaran atau caj tambahan kepada peserta peraduan sedemikian sebagai haram. Keputusan itu ditetapkan melalui Garis Panduan Peraduan Berasaskan Hadiah yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Garis Panduan Peraduan Berasaskan Hadiah itu mempunyai panduan lengkap untuk semua peserta dan penganjur peraduan bagi menamatkan kekeliruan yang mencetuskan kontroversi berhubung peraduan menerusi SMS sebelum ini.

Menurut garis panduan itu, unsur perjudian wujud apabila ada pertaruhan yang mengenakan caj bayaran melalui pelbagai istilah yang mengaburi peserta sebagai syarat penyertaannya.

Ia juga menyebut perbuatan penganjur peraduan menerusi SMS jelas bertentangan dengan ajaran Islam apabila sengaja meletakkan nasib sebagai kaedah penentu pemenang selepas ramai peserta melayakkan diri, ditambah pula perbuatan peserta membayar caj peraduan dengan harapan memperoleh keuntungan besar.

Oleh itu, Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan penganjur tidak boleh mengenakan caj atau yuran kepada peserta untuk menyertai peraduan, tidak mengenakan caj tambahan seperti caj kos pengurusan atau soalan, selain tidak boleh menaikkan caj perbualan atau SMS daripada caj semasa yang dikenakan syarikat telekomunikasi.

Peserta yang menyertai peraduan seperti itu pula perlu memastikan caj setiap SMS atau panggilan yang dikenakan penganjur adalah sama seperti biasa sebelum peraduan berlangsung.

Bulan lalu, akhbar melaporkan Majlis Fatwa Kebangsaan meluluskan garis panduan bagi menerangkan prosedur yang perlu dipatuhi syarikat telekomunikasi memandangkan hukum penggunaan SMS seperti diputuskan pada 2004, iaitu peraduan berbayar menerusi SMS adalah haram kerana mempunyai unsur perjudian.

Garis panduan SMS itu diwujudkan selepas Panel Kajian Syariah Jakim memutuskan peraduan ‘100 Hari 100 Kereta’ anjuran Celcom (Malaysia) Bhd, tahun lalu, melanggar Syariah dan mengandungi unsur judi sekaligus mengarahkan Celcom menamatkannya serta-merta atau menggubal konsep dan terma menepati Syariah.

Peraduan anjuran Celcom yang berlangsung Jun lalu, menawarkan 100 kereta Toyota Camry 2.0E setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pelanggan pasca bayar dan prabayarnya dengan mengenakan bayaran RM5 bagi setiap jawapan yang dihantar.

Aku berharap pihak Majlis Fatwa Kebangsaaan meluaskan lagi skop fatwa mereka kepada banyak lagi program realiti yang ada di Malaysia seperti Akademi Fantasia, Raja Lawak Astro, Sehati Berdansa, One In A Million, My Starz LG, Mentor, Gangstarz dan lain-lain lagi. Adakah undian melalui SMS bagi rancangan-rancangan yang dinyatakan juga adalah haram kerana ia membazir wang ringgit pengguna telefon bimbit dan program hiburan itu diketahui umum sebagai perkara yang melalaikan?.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: