Geert Wilders: Ahli Parlimen anti Islam akan hadapi pendakwaan

Geert Wilders

Geert Wilders

Mahkamah Belanda pada hari Jumaat, 23.01.2009 lalu memutuskan ahli Parlimen berhaluan kanan, Geert Wilders perlu didakwa kerana mencetuskan kebencian perkauman dengan kenyataan anti Islam termasuk menggelar Al-Quran sebagai ‘buku fasis’.

Pemimpin Parti Freedom, Wilders, menjadi tajuk utama di seluruh dunia pada Mac 2008 dengan filemnya Fitna, yang menyelitkan ayat Al-Quran sebagai latar belakang sebuah klip filem ganas dan imej keganasan oleh puak radikal Islam.

Mahkamah Rayuan Amsterdam menyifatkan kenyataan Wilders sebagai ‘kesimpulan sebelah pihak yang boleh dianggap hasutan kebencian.’

Keputusan itu mengetepikan keputusan dibuat oleh pejabat pendakwa awam tahun lalu, yang berkata filem dan temubual Wilders menyentuh perasaan umat Islam tetapi bukan satu jenayah.

Wilders memberitahu media Belanda ia adalah ‘hari hitam bagi diri saya dan kebebasan bersuara.’

Penerimaan penduduk Belanda terhadap pendatang Islam bertukar sama sekali selepas pembunuhan pengarah filem, Theo van Gogh pada 2004 oleh seorang penduduk Islam Belanda.

Wilders, yang partinya mempunyai sembilan ahli Parlimen daripada 120 kerusi dalam Dewan Rakyat, membina populariti dengan mencetuskan ketakutan di kalangan pengundi Belanda terhadap pendatang Islam.

“Saya sudah bosan dengan Islam di Belanda; jangan biarkan walaupun seorang lagi pendatang Islam. Saya sudah bosan dengan Al-Quran di Belanda: Haramkan buku fasis itu.”

tulisnya dalam akhbar De Volkskrant.

Tiga hakim berkata, mereka memutuskan retorik anti-Islam Wilders bertentangan dengan kebebasan bersuara dan beliau sudah melampaui batasan yang diberikan kepada ahli politik.

Seorang peguam terkemuka, Gerard Spong, yang menyertai kumpulan Islam untuk mendesak hukuman ke atas Wilders, mengalu-alukan keputusan itu.

“Ini hari yang gembira bagi semua umat Islam yang tidak mahu dilemparkan ke dalam tempat pembuangan sampah Nazi.”

Nasihat aku kepada Wilders, lain kali jangan buat tuduhan melulu jika anda tidak tahu mengenai agama Islam dan keindahannya. Cubalah cari Al-Quran yang telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris atau Belanda, aku yakin dia pasti akan dapat hidayah daripada mukjizat tersebut.🙂

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: