Pengecualian pemakaian topi keledar perlu dikaji

Tan Sri Musa Hassan

Tan Sri Musa Hassan

Polis akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara berhubung penafsiran undang-undang menunggang motosikal dengan memakai serban, termasuk menentukan sama ada pelajar sekolah agama yang memakai serban ketika bermotosikal, boleh dikecualikan daripada dikenakan tindakan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata ketika ini pengecualian pemakaian topi keledar hanya diberikan kepada golongan tertentu seperti keturunan Sikh dan alim ulama Islam yang berserban. Bagaimanapun, katanya, pada masa ini ramai pelajar sekolah agama memakai serban ketika menunggang motosikal.

“Jadi saya fikir perlu kajian semula terhadap tafsiran peruntukan undang-undang agar ia tidak menimbulkan sebarang masalah.

“Menjadi kebiasaan remaja sekolah agama sekarang memakai serban ketika menunggang motosikal, tetapi mengikut tafsiran undang-undang adakah mereka ini juga ulama?.”

“Jadi inilah yang kita perlu bawa balik kepada pihak atasan untuk dibincang.”

“Jika polis tidak ambil tindakan, kita bimbang ada pihak sengaja tidak mahu memakai topi keledar, sebaliknya memakai serban sedangkan mereka bukan guru agama.”

Musa diminta mengulas keputusan Mahkamah Majistret Kota Bharu, yang memerintahkan pelajar pondok, Ahmad Nasir Darus, 27, dipenjarakan dua hari selepas enggan membayar saman RM90 bagi kesalahan menunggang motosikal dengan memakai serban. Musa berkata, beliau secara peribadi berpendapat semua penunggang motosikal mesti memakai topi keledar demi keselamatan.

Sementara itu, Musa berkata, beliau akan mengirim surat kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Kiat untuk mencadangkan supaya kawasan tertentu di pusat bandar diwartakan sebagai zon larangan motosikal sebagai usaha membendung jenayah, khususnya kes ragut. Katanya, polis sudah membuat profil jenayah, termasuk peragut di kawasan dikenal pasti.

Kenapa pengecualian pemakaian topi keledar hanya diberikan kepada mereka yang berketurunan Sikh sahaja selain daripada alim ulama? Apa beza para pelajar madrasah dengan bangsa Sikh ini sedangkan satu pihak memakainya kerana mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W. manakala satu pihak lagi pula memakainya kerana mengikut ajaran agama mereka? Aku berharap golongan pelajar madrasah dimasukkan juga dalam kategori pengecualian pemakaian topi keledar agar tiadanya amalan double standard pada masa akan datang.

Manakala cadangan untuk mewujudkan zon larangan motosikal di kawasan tertentu di pusat bandar pula, aku membantah ia diwartakan kerana ia merupakan tindakan yang tidak praktikal! Usaha membanteras jenayah adalah tanggungjawab semua pihak tidak kira sama ada pihak polis dan juga masyarakat di satu-satu tempat. Aku rasa bilangan anggota polis perlu ditambah di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai untuk membendung aktiviti jenayah.

Jika pihak polis boleh menghantar dan menempatkan sejumlah anggota keselamatan yang ramai pada satu-satu pilihan raya kecil seperti di Kuala Terengganu tempoh hari, mengapa ia tidak boleh dilaksanakan juga di tempat-tempat seperti pusat membeli belah dan kawasan yang dipenuhi dengan orang awam?

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: