Palestin: suasana seperti dilanda gempa bumi

Gambar menunjukkan sebuah bangunan runtuh seperti baru lepas dilanda gempa bumi yang kuat. Foto diambil daripada Kosmo! Online.

Gambar menunjukkan sebuah bangunan runtuh seperti baru lepas dilanda gempa bumi yang kuat. Foto diambil daripada Kosmo! Online.

Kawasan yang suatu masa dahulu ditumbuhi pokok zaitun yang rimbun, deretan rumah dan beberapa bangunan kilang kini hanya tinggal batu-batu seperti padang jarak padang tekukur. Keadaan di Gaza sepuluh kali lebih dahsyat berbanding kejadian gempa bumi.

Tidak ada sebuah bangunan pun yang berada dalam keadaan baik di Qirem, Jabaliya dan Abed Rabbo. Jabaliya ialah kawasan terawal yang menjadi sasaran bedilan tentera Israel dalam perang selama 22 hari yang bermula pada 27 Disember sebelum berakhir pada Ahad lalu (18.01.2009). Seorang penduduk dilaporkan kehilangan semua bekalan makanan dan perniagaan hotelnya.

Serangan tentera rejim Zionis dari arah laut, udara dan darat memusnahkan lebih 5,000 rumah manakala 20,000 unit lagi rosak teruk dengan kerugian dianggarkan bernilai AS$1.9 bilion (RM6.4 bilion). Lebih 1,300 kematian direkodkan dan 5,000 lagi cedera, lapor petugas-petugas perubatan. Setiap kali berperang, tentera Israel akan memusnahkan pokok-pokok zaitun.

Inilah bukti kekejaman tentera Israel terhadap rakyat Palestin. Semuanya musnah sama ada rumah, kilang, hotel, masjid, hospital, sekolah termasuklah pokok zaitun! Manakala rakyat yang tidak berdosa seperti golongan wanita, kanak-kanak dan orang tua menjadi mangsa korban keganasan Zionis yang tidak berhati perut. Tindakan yang dilakukan seolah-olah untuk menghapus dan melenyapkan terus keturunan Palestin di muka bumi ini!😦

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: