Palestin: penduduk terbakar akibat bom fosforus

Gambar menunjukkan percikan api daripada bom fosforus putih yang dilancarkan oleh tentera rejim Zionis kepada penempatan rakyat Palestin.

Gambar menunjukkan percikan api daripada bom fosforus putih yang dilancarkan oleh tentera rejim Zionis kepada penempatan rakyat Palestin.

Seorang penduduk Palestin, Sabbah Abu Halima mengalami kebakaran kulit pada bahagian tangan dan kaki yang teruk. Kumpulan doktor di Hospital Shifa di Gaza yang merawat wanita itu percaya dia menjadi mangsa bom fosforus tentera Israel. Pakar perubatan itu kemudian menunjukkan sejumlah sampel bahan hitam di dalam bekas plastik yang mengeluarkan bau busuk.

Ia akan mengeluarkan asap jika ia dibiarkan terdedah kepada udara. Kumpulan tersebut juga sempat merakam gambar kecederaan penduduk Palestin akibat bahan sama malah, ada mangsa yang mati akibat bahan kimia itu terus membakar tisu otot. Bau luka akibat kebakaran fosforus seperti daging panggang yang terbakar. Terdapat lebih daripada 10 kes yang berlaku di hospital tersebut.

Kebanyakan mereka sudah dipindahkan untuk dirawat di Mesir atau Arab Saudi. Dalam satu laporan akhbar Haaretz di Israel kelmarin, tentera Yahudi dipercayai melancarkan siasatan terhadap 20 peluru yang dibedil ke wilayah Gaza. Haaretz melaporkan, tentera Israel membedil 200 peluru fosforus dan 180 disasarkan terhadap pejuang kumpulan Hamas.

Israel melancarkan serangan tiga minggu terhadap penduduk Gaza pada 27 Disember lalu atas alasan pertahanan diri setelah wilayah itu menjadi tapak pelancaran roket. Lebih 1,300 penduduk mati termasuk kanak-kanak dalam operasi itu manakala beribu-ribu lagi cedera. Bom fosforus kelihatan seperti bintang terang yang jatuh dari langit. Cahayanya sangat terang. Dalam kejadian pada 4 Januari itu, Sabbah turut kehilangan suami dan seorang anak lelaki.

Kejam! Sungguh kejam tindakan yang dilakukan oleh tentera Israel dan rejim Zionis ini!😦 Penggunaan bom dan senjata kimia di dalam peperangan perlu diharamkan penggunaannya oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Malaysia selaku Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) perlu mengusulkan agenda ini kepada PBB sebagai tanda simpati dan prihatin kita terhadap seluruh rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel. Soal usul ini diterima atau tidak adalah perkara kedua.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: