Masuk penjara kerana pakai serban

Ahmad Nasir Darus diiringi oleh seorang anggota polis selepas keluar daripada mahkamah. Foto diambil daripada Kosmo! Online.

Ahmad Nasir Darus diiringi oleh seorang anggota polis selepas keluar daripada mahkamah. Foto diambil daripada Kosmo! Online.

Seorang penuntut pondok, memilih hukuman penjara apabila didenda RM90 atau penjara dua hari oleh Mahkamah Majistret di sini Isnin lalu (19.01.2009), selepas dia disabitkan kesalahan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar kerana memakai serban.

Penuntut Madrasah al-Diniah al-Bakriah dekat Pasir Tumboh di sini, Ahmad Nasir Darus, 28, memilih untuk tidak membayar denda itu dan sedia menjalani hukuman penjara atas pendiriannya berpegang kepada prinsip mempertahankan sunnah.

Terdahulu, Majistret Tengku Amalin A’ishah Putri Sultan Ismail Petra, menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati peguam bela penuntut terbabit gagal menimbulkan keraguan munasabah dan mengesahkan penuntut terbabit yang juga orang kena saman (OKS) adalah seorang lebai.

Aku sokong dan puji pendirian Ahmad Nasir Darus. Walaupun tindakan beliau tidak memakai topi keledar mengundang risiko jika terlibat di dalam kemalangan jalan raya dan boleh dikenakan saman, tetapi dia tetap mempertahankan sunnah Rasulullah S.A.W. untuk memakai serban ketika menunggang motosikal. Dia rela dipenjara demi prinsip yang beliau sematkan dalam diri. Berapa ramai orang yang teguh pada pendirian diri sendiri pada masa ini?

Aku berharap pihak berwajib dapat mempertimbangkan semula tindakan mereka untuk menyaman para pelajar madrasah pada masa akan datang. Ini adalah disebabkan mereka memang sudah biasa menunggang atau membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar. Mengapa pihak berwajib tidak menyaman seseorang berbangsa Sikh yang juga berserban ketika menaiki motosikal sedangkan aku difahamkan bahawa mereka juga memakai serban kerana tuntutan agama mereka? Renung-renungkanlah…

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: