Harga gula dijangka naik?

Datuk Shahrir Abdul Samad

Datuk Shahrir Abdul Samad

Harga gula dijangka naik selepas perayaan Tahun Baru Cina berikutan pembaharuan kontrak pengimportan gula yang menyaksikan negara pembekal menaikkan harga komoditi tersebut. Sebanyak 80 hingga 90 peratus bekalan gula kita adalah diimport dari luar negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, kerajaan sedang mengkaji kemungkinan menaikkan harga gula berikutan harga barangan itu telah naik di pasaran antarabangsa.

“Kontrak pembekalan gula dari negara pengeluar telah tamat tahun lepas dan tahun ini kita ada kontrak baru dan harganya (gula) lebih tinggi daripada kontrak lama.”

Menurut Shahrir, Malaysia mengimport gula secara kontrak yang diperbaharui setiap tiga tahun. Kerajaan juga sedang mengkaji untuk mengekalkan harga lama atau kemungkinan menaikkannya sedikit. Perkara ini akan diumumkan dalam masa terdekat.

Pada pendapat aku, pihak kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk kepentingan rakyat Malaysia. Takkanlah perkara yang berkaitan dengan barangan makanan pun negara kita perlu bergantung kepada negara-negara lain?. Sudah tibanya masanya kita memperluaskan bidang pertanian negara ini dengan penanaman tebu secara besar-besar pula. Jika selama ini kita mempunyai sumber komoditi seperti kelapa sawit dan getah, pastikan sektor penanaman tebu diterokai secara meluas.

Ini sudah pasti dapat mengurangkan kebergantungan kita kepada negara-negara pengeksport gula pada masa akan datang. Lagipun jika kita mempunyai bekalan gula yang berlebihan di dalam negara, sudah pasti kita boleh mengeksportnya pula ke negara lain. Barulah bersesuaian dengan kempen yang diwar-warkan oleh pihak kerajaan iaitu Pertanian adalah Perniagaan. Bukan begitu?😀

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: