Bantah kenaikan harga gula!

Seorang peniaga sedang menimbang gula pasir di sebuah kedai. Foto diambil daripada akhbar Kosmo! Online.

Seorang peniaga sedang menimbang gula pasir di sebuah kedai. Foto diambil daripada akhbar Kosmo! Online.

Bukan masanya untuk naik harga. Itu pandangan Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan, Bahrim A. Razak mengenai kemungkinan harga gula dinaikkan selepas perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi. Katanya, walaupun ia sekadar kemungkinan, tindakan memaklumkan perkara tersebut terlalu awal kepada umum adalah tidak adil terutama kepada masyarakat kaum Cina.

Katanya, apabila kerajaan berbuat demikian sudah pasti akan berlaku masalah kekurangan gula ekoran tindakan sesetengah peniaga yang mahu mencari keuntungan dengan cara menyorokkan bekalan bahan tersebut. Ia tidak wajar dan situasi itu sekadar mencetuskan kemarahan pengguna terutama pengguna kaum Cina. Ujar Bahrim, kerajaan patut rasional berhubung cadangan itu kerana permintaan gula pada musim perayaan akan naik secara mendadak.

Aku membantah kenaikan harga gula! Jika perkara ini berlaku, sudah tentu ia akan membebankan perbelanjaan rakyat. Keadaan ekonomi yang dijangka meleset pada tahun ini, juga masalah pekerja yang diberhentikan pasti meruncingkan ekonomi sesebuah keluarga. Diharap kenaikan ini dapat ditangguhkan dan kerajaan lebih prihatin terhadap masalah rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: