PTPTN: bayar balik pinjaman melalui potongan gaji

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Lebih setengah juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak mampu mengelak membayar balik tunggakan pinjaman jika Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan skim pembayaran melalui potongan gaji, tidak lama lagi. Kementerian berkenaan sedang mengkaji pelbagai aspek berhubung kaedah itu melalui kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan majikan peminjam.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata hasil kajian itu akan dibentangkan kepada Kabinet tidak lama lagi sebagai kaedah memastikan peminjam tidak mampu mengelak daripada membayar semula tunggakan pinjaman bernilai RM1.9 bilion dengan membabitkan 563,494 peminjam.

Bagaimanapun, jumlah pinjaman tertunggak itu bukan harus dikutip sekali gus. Sebaliknya ia harus dikutip dalam tempoh yang ditetapkan. Kementerian sedang mengkaji kaedah pembayaran balik pinjaman yang dipraktikkan di negara lain, termasuk potongan gaji.

Mengikut sistem pembayaran semula PTPTN sedia ada, peminjam perlu membayar ansuran bulanan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) yang mempunyai 372 cawangan di seluruh negara berikutan kerjasama antara bank berkenaan dengan kementerian itu.

Beliau juga berkata, kerajaan tidak akan mengurangkan RM2.6 bilion peruntukan PTPTN untuk kira-kira 200,000 pelajar institusi pengajian tinggi awam/swasta (IPTA/S) tahun ini walaupun menjangka negara akan turut mengalami kesan krisis kewangan global.

Aku tak sanggup nak buat bayaran ansuran bulanan di BSN. Sudahlah kena berbaris sebelum sampai ke kaunter bayaran, kemudahan mesin deposit tunai pun tidak disediakan di cawangan-cawangan kecil BSN.😦 Pada aku lebih mudah buat bayaran secara dalam talian menggunakan maybank2u.com.my kerana jimat masa, tenaga dan wang tanpa perlu pergi ke bank tersebut.🙂

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: