Palestin: Gencatan senjata Israel bukan penamat yang kekal

Gambar menunjukkan tentera-tentera Israel berundur dari Gaza selepas rejim Zionis mengumumkan gencatan senjata. Foto daripada Berita Harian Online.

Gambar menunjukkan tentera-tentera Israel berundur dari Semenanjung Gaza selepas rejim Zionis mengumumkan gencatan senjata. Foto daripada Berita Harian Online.

Tentera Israel di Semenanjung Gaza diarahkan untuk menghentikan serangan awal pagi Ahad, selepas Israel mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak bertujuan menamatkan serangan kejam selama tiga minggu peperangan ke atas militan yang menyerang selatan Israel dengan roket.

Gencatan senjata itu berkuat kuasa jam 2 pagi waktu tempatan (0000 GMT) selepas 22 hari serangan yang membunuh kira-kira 1,200 rakyat Palestin, separuh daripadanya orang awam, menurut pegawai Palestin dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Seramai 13 warga Israel turut maut.

Sementara itu, anggota perubatan Palestin membawa 95 mayat daripada timbunan bangunan di Gaza, satu daripada membabitkan seorang remaja wanita berusia 14 tahun. Majoritinya ditemui di bandar Jabaliya dan Beit Lahiya serta ada juga di Zeitun, kata Dr Muawiya Hassanein, ketua pentadbiran kecemasan di Gaza.

Alhamdulillah, perang Israel-Palestin telah dihentikan buat sementara waktu. Namun rakyat Palestin khasnya dan seluruh umat Islam amnya jangan cepat bergembira dengan pengumuman yang dibuat. Tiada kepastian bahawa tentera Israel dan rejim Zionis tidak akan menyerang kembali penduduk Palestin pada masa akan datang. Gencatan senjata ini hanya bersifat sementara sahaja tetapi bukannya titik noktah untuk selama-lamanya!😦

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: