Palestin: Gaza musnah selepas dibom dan dibedil Israel

Salah sebuah bangunan di Rafah hampir musnah selepas dibom rejim Zionis. Foto diambil daripada Berita Harian Online.

Salah sebuah bangunan di Rafah hampir musnah selepas dibom rejim Zionis. Foto diambil daripada Berita Harian Online.

Gaza, satu daripada kawasan paling miskin di dunia, semakin bermasalah selepas kawasan tanaman gandum yang meluas di jajahan itu penuh dengan runtuhan bangunan selepas tiga minggu dibedil Israel.

Pengeboman dan serangan kereta kebal Israel meratakan segala-galanya daripada gudang milik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), masjid, sekolah dan hospital sejak ‘Operation Cast Lead’ dilancarkan 27 Disember lalu.

Gaza adalah satu daripada kawasan paling padat di dunia dengan kira-kira 1.5 juta orang bersesak dalam kawasan berkeluasan 362 kilometer persegi. Lebih separuh daripada penduduknya berusia bawah 18 tahun. Lebih 1,200 orang separuh daripadanya dianggarkan orang awam, maut sejak bermulanya perang.

Inilah angkara perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis! Mereka bunuh orang yang tidak berdosa, musnahkan semua kemudahan asas dan juga awam kemudian berundur apabila perintah menamatkan peperangan diumumkan. Apa yang tinggal di Gaza kini hanyalah kemusnahan!😦

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: