Helo Malaysia: Analisis Pilihanraya Kecil KT

logo Bernama TV

logo Bernama TV

Selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil P036 Kuala Terengganu pada malam Sabtu lalu, aku menonton Analisis Pilihanraya Kecil KT dalam rancangan Hello Malaysia di saluran 502 Bernama TV. Rancangan tersebut bermula pada pukul 10 malam selama satu jam.

Perantaranya ialah Sherkawi Jirim bersama dua orang tetamu yang dijemput ke studio iaitu Aznan Bakar, wartawan Utusan Malaysia dan Hamdan Ahkir, seorang penganalisa politik. Rancangan tersebut membincangkan faktor-faktor kekalahan BN dalam pilihan raya kecil itu.

Selain daripada hujah-hujah daripada 2 orang panel, rancangan itu juga membenarkan para penonton turut serta memberikan pendapat masing-masing melalui panggilan telefon ke studio. Di antara pendapat yang diutarakan ialah isu rasuah, politik wang, peribadi calon yang bertanding, isu pemimpin yang perlu turun padang bersama rakyat, isu pemimpin perlu menyayangi rakyat bukannya rakyat yang perlu sayang kepada pemimpin, isu media cetak dan elektronik yang berat sebelah, isu parti-parti dalam gabungan Pakatan Rakyat yang tidak diberi peluang untuk menjawap isu yang dibangkit oleh parti pemerintah di dalam media, isu hudud, isu-isu panas di dalam media alternatif seperti laman web dan blog yang tidak dapat ditangkis dan dijawap oleh pihak pemerintah dan banyak lagi.

Pada pendapat aku, kebanyakan faktor yang diluahkan memang tepat dan ada kena mengena dengan kekalahan BN. Jadi parti pemerintah perlu bangun daripada lamunan mimpi atau jangan mudah merasa selesa dengan kedudukan sekarang, jika tidak parti mereka akan menerima kekalahan yang lebih besar dalam pilihan raya umum (PRU) yang ke 13 nanti. Ubah pendekatan yang digunakan sekarang agar lebih mesra rakyat, amanah, adil, telus, berkebajikan dan juga kesamarataan.

Aku cuba mencari video tersebut di dalam laman web Youtube dan menggunakan kata kunci yang sesuai di dalam Google tetapi hampa kerana tidak jumpa.😦 Jika tidak, aku dapat berkongsi dengan semua pengunjung di sini apa yang ingin aku sampaikan pada kalian.

Aku berharap agar pihak Bernama TV dapat menyiarkan siaran ulangan rancangan itu pada masa akan datang. Sekalung tahniah diucapkan di atas ketelusan yang dipaparkan oleh pasukan penerbitan dan semua warga kerja mereka. Memang tepat slogan yang mereka gunakan iaitu Baru dan Benar.:)

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: