P036 Kuala Terengganu: Blues Terengganu Kita

Calon PAS, Mohd Abdul Wahid bin Endut telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru pada 17 Januari 2009 yang lalu. Gambar daripada Berita Harian Online.

Calon PAS, Mohd Abdul Wahid bin Endut telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru pada 17 Januari 2009 yang lalu. Gambar daripada Berita Harian Online.

Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut telah memenangi kerusi P036, Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihan raya kecil kawasan tersebut yang telah diadakan pada hari Sabtu, 17.01.2009 yang lalu.

Beliau memperolehi undi sebanyak 32,883 manakala calon BN Datuk Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh mendapat 30,252 undi manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam hanya berjaya meraih undi sebanyak 193 sahaja.

Melalui keputusan tersebut, calon PAS telah dipilih sebagai Ahli Parlimen yang baru oleh pengundi-pengundi berdaftar di sana. Beliau telah menang dengan kelebihan majoriti sebanyak 2,631 undi. Angka ini jauh lebih besar daripada yang diperolehi oleh pemenang terdahulu iaitu Allahyarham Datuk Razali Ismail yang mewakili parti BN.

Sememangnya tiada siapa yang menduga bahawa Mohd Abdul Wahid Endut keluar sebagai pemenang dengan majoriti yang boleh dikatakan besar dan selesa. Artikel aku yang disiarkan pada hari Sabtu lalu hanya meramalkan bahawa beliau akan menang dengan kelebihan majoriti di sekitar 1,000 undi sahaja.

Nampaknya, pengundi-pengundi di sana telah membuat keputusan yang tepat calon yang mana akan mewakili suara mereka di dalam persidangan Parlimen nanti. Tahniah dan syabas diucapkan kepada YB Mohd Abdul Wahid Endut! Selamat menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada anda. Bekerjalah dengan berdedikasi dan tekun demi kesejahteraan rakyat yang akan anda wakili.

Buat warga Kuala Terengganu, aku tujukan beberapa baris lirik lagu yang aku cedok daripada lagu Blues Terengganu Kita nyanyian kumpulan Iklim satu ketika dahulu.

Na na na na na Terengganu kite! Na na na na na PAS punya!😀

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: