Palestin: Venezuela dan Bolivia lebih berani daripada pemimpin kita?

Hugo Chavez dan Mahmoud Ahmadinejad

Kerajaan Venezuela dan Bolivia kelmarin menamatkan hubungan diplomatik dengan Israel bagi membantah serangan kejam tentera Israel di Genting Gaza.

Keputusan tersebut diambil seminggu selepas Presiden Venezuela, Hugo Chavez mengusir duta Israel dari negara berkenaan.

Pemimpin Bolivia, Evo Morales menyatakan pihaknya yang memutuskan hubungan dengan Tel Aviv akan meminta Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengenakan dakwaan pembunuhan kaum terhadap para pegawai Israel berikutan serangan di Gaza.

Nampaknya pemimpin-pemimpin bukan dari negara Islam lebih prihatin akan kemelut yang berlaku di Palestin sekarang? Chavez berani mengusir duta Israel keluar daripada negaranya, manakala Morales pula meminta Israel dibicarakan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Hebat!

Di mana peranan ketua-ketua negara di dalam Liga Arab? Apa pula tindakan yang dilakukan oleh Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sekarang? Takkan hanya memanggil sidang perbahasan di Parlimen Malaysia sahaja kot? Itu sahaja ke yang mampu dilakukan?đŸ˜¦

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: