Palestin: tentera Israel bedil masjid pula!

Salah sebuah masjid di Gaza dibedil oleh tentera Israel. Gambar daripada akhbar Kosmo! Online.

Salah sebuah masjid di Gaza dibedil oleh tentera Israel. Gambar daripada akhbar Kosmo! Online.

Tentera Israel terus mengganas di Gaza semalam apabila melancarkan 40 serangan udara terhadap sejumlah sasaran ke atas pejuang Hamas, terowong dan masjid, kata pihak tentera rejim Zionis.

Tentera Israel memberitahu, sebuah masjid turut dibedil selepas mereka mengesyaki ia digunakan untuk dijadikan tempat menyimpan senjata. Serangan terbaru itu dilancarkan sehari selepas bangunan-bangunan penting di Gaza terbakar akibat bedilan artileri tentera rejim.

Sementara itu, Israel mengundurkan sebahagian tenteranya pagi semalam dari kawasan Tal Al-Hawa di pinggir bandar Gaza di mana pertempuran sengit berlaku pada hari sebelumnya. Banyak rumah orang awam musnah di kawasan penempatan yang sarat dengan penduduk itu manakala sebuah hospital turut terbakar.

Agensi perubatan Gaza berkata, setakat ini sekurangnya-kurangnya 23 mayat berjaya dikeluarkan dari runtuhan bangunan-bangunan di kawasan itu. Semalam juga menyaksikan kematian Menteri Dalam Negeri Hamas, Said Siam di tangan rejim Zionis.

Beliau merupakan pemimpin Hamas paling kanan yang maut sejak rejim Zionis melancarkan Operasi Cast Lead pada 27 Disember tahun lalu bagi menghapuskan pejuang-pejuang Hamas yang melancarkan serangan roket ke arah wilayah Israel.

Tentera Israel bodoh! Kenyataan bahawa masjid disyaki dijadikan tempat menyimpan senjata tidak dapat diterima oleh seluruh umat Islam seperti aku!😦 Masjid itu tempat ibadah kami. Jika tidak tahu kenalah bertanya, jangan jadi pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: