Palestin: tentera Israel bom tanah perkuburan Islam

kubur dibom jet tentera Israel!

Sebuah jet Israel mengebom satu tanah perkuburan di Gaza pada hari Rabu lepas (14.01.2009) menyebabkan sejumlah anggota badan manusia berterbangan ke kediaman penduduk berhampiran.

Selepas serangan itu, beberapa penduduk mengutip bahagian badan manusia yang bertaburan sebelum meletakkan ke dalam sebuah lubang besar yang terbentuk akibat letupan bom tersebut. Keseluruhan Gaza kini menjadi tanah perkuburan. Kawasan itu kini berbau busuk yang berpunca daripada mayat yang reput dan hangus terbakar.

Daging serta organ dalaman manusia bertaburan di atas bumbung dan penduduk meletakkan ia ke dalam beg plastik. Seorang penduduk menyatakan bahawa dia menemui tangan seorang wanita yang telah mati bertahun-tahun dahulu di kediamannya. Cebisan daging manusia juga boleh dijumpai di merata-rata tempat.

Tentera Israel berkata, pihaknya mengebom sebuah tempat simpanan senjata yang terletak berhampiran dengan tanah perkuburan tersebut. Menurutnya, satu lagi serangan berhampiran menyasarkan satu lokasi yang digunakan oleh pejuang Hamas untuk melancarkan serangan roket ke wilayah Israel. Serangan tentera Israel masih diteruskan dengan angka kematian melepasi 1,000 orang.

Serangan rejim Zionis semakin tidak berperikemanusiaan dan kejam! Rakyat Palestin yang masih bernyawa hidup dalam ketakutan manakala yang telah meninggal dunia juga turut menjadi mangsa. Manusia ke tentera Israel ini? Celaka negara Israel! Hancur! Hancur! Rejim Zionis!šŸ˜¦

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: