Harga petrol: nak dinaikkan atau diturunkan sebenarnya?

kenaikan petrol membebankan rakyat!

Harga runcit petrol dan diesel mungkin boleh diturunkan antara dua hingga lima sen seliter sebelum hujung bulan ini atau awal bulan depan jika harga minyak mentah dunia kekal di bawah paras AS$39.59 satu tong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata kerajaan akan menurunkan harga sekali lagi jika arah aliran penurunan harga minyak mentah dunia berterusan.

Bagaimanapun, penurunan harga petrol dan diesel tidak boleh melebihi lima sen seliter kerana ia boleh menjejaskan keuntungan stesen minyak.

“Kita rasa jika harga purata minyak mentah dunia kekal di bawah paras AS$39.59 setong kerajaan mungkin boleh menurunkan harga sekali lagi. Bagaimanapun buat masa ini saya sendiri pun tidak tahu harga akan diturunkan atau tidak kerana harga purata sehingga 13 Januari adalah AS$43 dolar satu tong.”

“Kita juga perlu memahami bahawa jika harga minyak mentah di bawah AS$65.48 setong kerajaan akan mengutip cukai, manakala jika ia naik melebihi paras itu kerajaan perlu memberi subsidi.”

Mengulas lanjut, Shahrir berkata, kerajaan juga akan melakukan pelbagai usaha bagi mempertahankan harga petrol dan diesel di pam supaya sentiasa berada di bawah RM1.80 seliter.

Shahrir berkata, kerajaan juga hanya akan menaikkan harga runcit diesel dan petrol di negara ini jika harga minyak dunia melebihi paras AS$78.73 setong.

Hasrat kerajaan untuk menurunkan harga petrol dan diesel dianggap seperti tidak serius. Setakat ini sudah 7 kali harga runcit petrol dan diesel diturunkan. Kenapa ianya diturunkan sedikit demi sedikit? Ada yang turun 15 sen, kemudian turun 10 sen dan kali ini dijangkakan harga petrol dan diesel akan diturunkan tidak melebihi 5 sen!

Apa ni? Ingat kami ini macam budak-budak kecil ke? Boleh dipujuk dengan nilai 5 sen, 10 sen atau 15 sen? Masa harga petrol naik sehingga 78 sen seliter, senang-senang je kerajaan buat keputusan ye? Tapi bila naik turunkan harga, terkial-kial macam siput!

Apapun, penurunan harga petrol dan diesel ini tidak akan memberi makna dan impak yang besar kepada rakyat kerana banyak barangan keperluan pengguna di pasaran mahal.😦

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: