Alor Star kini bertukar ejaan kepada Alor Setar

peta Alor Setar

Ejaan rasmi nama bandar Alor Star diubah balik kepada ejaan asal iaitu Alor Setar mulai sekarang. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, mesyuarat Exco yang berlangsung di Wisma Darul Aman di sini hari ini meluluskan perubahan ejaan itu atas permintaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ejaan asal Alor Setar diubah kepada Alor Star semasa Datuk Seri Syed Razak Syed Zain menjadi Menteri Besar Kedah pada lewat 1990-an dan ia dikekalkan sehingga Barisan Nasional (BN) Kedah kalah pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan, Azizan berkata, mesyuarat Exco bersetuju mengubah semula ejaan itu mengambil sempena nama pokok ‘setar’ dan perubahan ejaan itu tidak membabitkan kos besar bagi menukar papan tanda atau perkara yang berkaitan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Syed Unan Mashri Syed Abdullah akan mengeluarkan arahan rasmi kepada semua PBT dan jabatan kerajaan untuk mengubah ejaan itu dalam urusan rasmi dalam tempoh terdekat, katanya.

Pelik. Kenapa masalah pertukaran nama tempat perlu timbul berulang kali? Mengapa kajian secara menyeluruh tidak dilakukan sebelum sebarang perubahan dilakukan? Ianya dianggap membazir peruntukan kerajaan negeri hanya untuk menyelesaikan isu remeh temeh seperti ini.

Tidak kiralah sama ada kerajaan yang memerintah sesebuah negeri itu daripada pihak parti kerajaan pusat atau pembangkang, pada pendapat aku adalah lebih baik peruntukan itu disalurkan untuk pembangunan negeri.

Akhirnya, banyak perkara perlu dirombak seperti nama pada papan tanda, surat rasmi kerajaan negeri dan pelbagai perkara lagi la. Aduhai…😦

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: