Siti Nurhaliza: seutas jam tangan dan sebuah cinta

Jam Siti RM250,000!

Penyanyi wanita popular, Datuk Siti Nurhaliza (Siti) telah menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke 30 tahun pada 11 Januari yang lalu. Beliau telah menerima seutas jam tangan jenama Richard Mille yang dipercayai berharga ratusan ribu ringgit sebagai hadiah hari lahirnya.

Jam itu diberi oleh suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K). Ia dibeli dari sebuah kedai jam terkemuka di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Datuk K menyatakan harga jam tersebut hanya dua tiga ribu ringgit sahaja. Bagaimanapun, tinjauan mendapati jam yang paling murah dijual di kedai itu ialah RM197,000.

Aku tidak kisah apa yang Datuk K ingin beri sekalipun kepada Siti. Itu tanda kasih sayang beliau kepada isteri yang dicintai. Jika benar seperti apa yang diberitakan, aku rasa terkejut apabila harga jam tangan tersebut bernilai RM250,000! Mahalnya!😦

Nilai sebanyak itu sudah tentu amat berharga bagi sebuah keluarga yang kurang bernasib baik seperti yang selalu digambarkan di dalam rancangan Bersamamu TV3. Bagi rakyat berpendapatan rendah atau sederhana, mereka boleh membeli sebuah rumah yang selesa untuk didiami bersama keluarga. Duit sebesar itu juga boleh digunakan untuk membantu mangsa banjir, anak-anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin, orang kurang upaya, didermakan untuk pembinaan dan pembangunan sekolah-sekolah agama, surau atau masjid.

Begitulah lumrah manusia. Nasib setiap orang adakalanya berbeza. Ada yang hidup mewah malah ada juga yang dilanda kesusahan dalam hidup mereka. Aku rasa kecewa dengan berita yang dipaparkan di dalam akhbar kerana ia seperti tidak kena pada masanya. Ketika rakyat Palestin menderita dibedil oleh tentera-tentera Zionis Israel, rakyat di negara Malaysia berbangga dengan barangan mewah yang dapat mereka beli dan miliki!😦

Prihatinkah kita di atas kesengsaraan rakyat Palestin? Pedulikah kita akan nasib mereka yang kehilangan rumah, ahli keluarga, sanak-saudara, masjid dan tanahair? Aku rasa adalah lebih baik duit sejumlah itu disalurkan kepada Tabung NSTP Untuk Gaza atau lain-lain.

Akhir sekali, siapa yang harus dipersalahkan apabila berita ini disiarkan di dalam akhbar? Adakah salah wartawan hiburan yang memburu berita sensasi? Atau mereka hanya menjalankan tugas untuk melaporkan sesuatu peristiwa? Adakah salah Datuk K kerana ingin beli hadiah yang mahal untuk isterinya? Atau salah Siti kerana menyambut hari lahirnya?

Renung-renungkan dan selamat berfikir!

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: