PTPTN: Jangan cipta alasan mengarut jika tidak mahu kurangkan kadar caj!

Datuk Dr. Mohamad Shahrum bin Osman

Datuk Dr. Mohamad Shahrum bin Osman

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menangguhkan pengurangan kadar caj satu peratus yang dijanjikan bermula bulan ini berikutan kebanyakan peminjam gagal mengemas kini data peribadi mereka terutama alamat terkini.

Pengerusinya, Datuk Dr Mohamed Shahrum Osman, berkata tanpa kerjasama peminjam, sistem baru yang akan memberi keuntungan kepada mereka tidak dapat dilaksanakan seperti dijadualkan kerana ia menyukarkan proses penghantaran notis pengurangan kadar pinjaman.

PTPTN akan cuba menghantar notis secara berperingkat secepat mungkin tapi tarikhnya masih belum diputuskan kerana terpaksa menunggu data terkini daripada peminjam.

Peminjam perlu memberi maklum balas kepada PTPTN dengan segera bagi memudahkan urusan penghantaran surat itu dilakukan, sekali gus memberi manfaat kepada mereka bagi menikmati pengurangan kadar caj pinjaman.

Bagaimanapun, Mohamad Shahrum berkata penghantaran surat terpaksa dibuat secara berperingkat kerana jumlah peminjam PTPTN yang layak menerima keistimewaan potongan caj perkhidmatan daripada tiga peratus kepada satu melebihi sejuta orang.

Selepas menerima surat tawaran itu, peminjam dikehendaki mengisi borang jawapan dengan mengisi butiran yang diperlukan sebelum menghantar semula kepada PTPTN dalam tempoh sebulan.

Peminjam perlu memberi maklum balas segera bagi membolehkan pelarasan jumlah pinjaman dapat dilakukan. Hal ini penting kerana PTPTN ingin mengelak sebarang kesulitan pada masa akan datang.

Peminjam yang gagal memberi maklum balas berdepan risiko terus dikenakan caj pinjaman pada kadar lama iaitu tiga peratus atau lima peratus.

Ketika ini PTPTN mengenakan caj tiga peratus bagi penuntut Ijazah Sarjana Muda dan lima peratus untuk penuntut Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah.

Pada pendapat aku, jika PTPTN berjanji ingin mengurangkan kadar caj tersebut, laksanakan sahajalah tanpa perlu beri alasan yang tidak munasabah! Apa kena mengena kemas kini data peribadi peminjam dengan pengurangan caj? Ini hanyalah satu alasan yang direka-reka.😦

Tanpa pengemaskinian data peribadi pun, PTPTN sudah boleh beri kelegaan kepada semua peminjam yang difikirkan layak. Pihak mereka hanya perlu menukar program pengiraan caj yang baru, kemudian pengiraan tersebut sudah boleh dilaksanakan secara efektif mulai bulan Januari 2009 ke dalam sistem pinjaman mereka. Aku tak nampak pun yang perkara ini sukar untuk dilakukan.

Tetapi apa yang aku nampak ialah, kepentingan pengemaskinian data peribadi peminjam terutamanya alamat terkini kepada PTPTN, lebih kepada memudahkan pihak mereka menghantar surat saman daripada peguam yang dilantik jika peminjam gagal membayar balik pinjaman! Bukan begitu?😦

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: